Tuesday, December 6, 2011

Baby Shuib & Siti Sarah nama Uwais Alqarni (4 GAMBAR)


Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Shuib (Sepahtu) dan Siti Sarah Raissuddin, dengan cahaya mata sulung pertama mereka, semalam.

Diberikan nama Uwais Alqarni, bayi comel ini telah selamat dilahirkan secara pembedahan sekitar jam 10.19 pagi, di Hospital Ampang Puteri, selepas Siti Sarah dimasukan ke bilik bersalin sekitar jam 8 malam, malam kelmarin.

Kata Shuib di laman portal Murai.com, dia merasakan kehadiran cahaya mata lelaki berkenaan umpama tuah yang menyinari hidup mereka berdua pada masa kini dan akan datang.

"Ingatkan mahu menamakan dia Tuah Uwais Alqarni tapi telalu panjang sangat. Jadi kami singkatkan saja kepada Uwais Alqarni Bin Shahmira.

"Saya sangat happy, gembira dan seronok dengan kelahiran dia. Ini pun saya baru keluar dari bilik bayi untuk menjenguknya.

"Dialah tuah buat saya dan Sarah untuk 2011. Kehadirannya memberikan saya inspirasi dan semangat untuk lebih maju pada masa akan datang terutama tahun2012 yang bakal menjelang," katanya lagi

Malah anggota kumpulan Sepahtu ini juga turut melahirkan rasa insaf dan bangga kerana dapat melihat sendiri keperitan isterinya itu melawan kesakitan sebelum melahirkan sehingga bayi berkenaan lahir ke muka bumi.

"Sarah telah dimasukan di hospital sejak dua hari lepas dan dia ada meminta saya untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana ketika itu saya masih di Sabah kerana ada persembahan di sana.

"Memang merisaukan saya. Malah saya tak henti berdoa kepada Tuhan supaya saya berpeluang berada di sisi Sarah dan dapat melihat anak saya dilahirkan. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan Tuhan dan saya berpeluang menyambut kehadiran anak saya.

"Sejak semalam lagi saya tak tidur menanti detik bermakna ini. Lebih-lebih lagi Sarah yang langsung tidak dapat melelapkan mata dan tidak boleh duduk diam kerana menahan kesakitan sebelum kelahiran.

"Alhamdulillah, bila dia dimasukan ke dalam bilik bersalin sekitar jam 8 malam semalam, doktor berkata bahawa Sarah terpaksa dibedah sekitar jam 9 pagi untuk memudahkan urusan bersalin. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," katanya.