Tuesday, December 6, 2011

Neelofa Teruja Reka Kasut Untuk Resepsi Ezlynn (VIDEO & 15 GAMBAR)


Minat mengumpul kasut akhirnya membawa kepada satu permulaan buat pelakon cantik ini menceburi dunia perniagaan kasut. Diusahakan secara online sejak Jun tahun lalu, pun begitu, kira-kira dua bulan kemudian dia memperlahankan aktiviti promosinya itu kerana memutuskan untuk re-branding jenama yang menguna pakai namanya iaitu 'Neelofa Heels'.

Dan siapa sangka, dalam pada sibuk menyusun strategi untuk pelancaran penjenamaan semula bisnes kasutnya ini, Neelofa diberi kepercayaan oleh Rafflesia untuk mereka kasut bagi pelengkap persalinan untuk majlis gah pasangan Ezlynn dan Adam.

Bagai bulan jatuh ke riba, peluang tersebut digunakan sebaik mungkin, bukan saja mengintepretasikan kreativitinya. Malah dijadikan sebagai platform dalam mengembangkan lagi bisnesnya. Apatah lagi ini merupakan kali pertama dia mengilhamkan rekaan kasut untuk perkahwinan.

"Saya dapat panggilan dari Bill Bora (perunding perkahwinan), tawarkan saya untuk reka kasut Ezlynn, sekitar Oktober lalu. Masa tu saya rasa terkejut dan memang tak percaya sebab masa tu pun, saya dalam proses re-branding. Tapi bila di fikirkan semula, kenapa tidak saya sahut cabaran ni. Sebab peluang ni sebagai satu ruang untuk saya mempromosikan perniagaan saya", kata Neelofa sewaktu ditemui di majlis sidang media resepsi Ezlynn dan Adam, di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur, kelmarin.

"InsyaAllah saya akan cuba menghasilkan rekaan yang terbaik. Saya tanyakan pada Ezlynn, kalau pakai 5 inci, ok tak. Dan dia ok jer. Jadi mungkin saya akan reka kan kasut setinggi 5 inci dengan menyuntik tiga elemen iaitu swarovski, lace dan pearl", 

"Saya akan hasilkan 3 rekaan berbeza. Kemudian akan berbincang dengan 3 lagi pereka lain iaitu Liza, Sharifah Mariam dan Sya Saharani untuk kami suai-padankan dengan persalinan Ezlyn nanti. Pada 19 Disember ni, bermulalah cabaran saya untuk menyiapkan rekaan tersebut",


Menurutnya lagi, masa yang di ambil untuk mereka sepasang kasut itu tidaklah begitu lama. Memandangkan selama ini kasut yang dihasilkan bukanlah 100% rekaannya. Sebaliknya dia menjadikan rekaan-rekaan kasut sedia ada sebagai inspirasi lalu diinterpretasikan menerusi imaginasinya sendiri.

"Saya tak pandai lukis betul-betul. Selama ni pun saya dibantu olh team saya. Sebagai contoh, saya ambil gambar kasut kemudian akan tambah sikit pada design tu. Lepas tu saya akan terangkan pada team saya. Diorang akan come out dengan design. Lepas tu prototype. Kemudian baru dihantar ke kilang".