Wednesday, December 7, 2011

Neelofa akan lancar 'Neelofa Heels' tahun depan (10 GAMBAR)


Bercerita lanjut mengenai jenama kasutnya, kata heroin Azura 2011 ni, koleksi jenamanya menampilkan pelbagai pilihan daripada kasut tumit tinggi, wedges hinggalah sandle. Dari segi rekaan, Neelofa memberitahu dia sering Menjadikan hasil rekaan kasut dari negara Korea dan Jepun sebagai rujukan dan sikit sebanyak sumber inspirasi dalam melahirkan idea kreatifnya.

"Saya banyak buat rujukan melalui internet, tengok laman-laman web rekaan kasut yang popular. Kebiasaannya saya suka tengok rekaan kasut dari Korea dan Jepun. Sebab diorang bab-bab fesyen ni memang kreatif kan. Kalau nak ikutkan kasut selebriti antarabangsa seperti Lady Gaga dan Rihanna banyak berunsurkan rekaan dari negara tersebut.

"Kalau tiada aral melintang, saya akan launch-kan jenama kasut saya ni sekitar awal tahun hadapan. Kemudian ada juga perancangan untuk ambil krusus design. Iyalah sampai bila kita nak harapkan orang saja kan... Lagipun saya rasa sangat penting untuk saya ada ilmu dalam rekaan ni", ujarnya dengan panjang lebar sebelum mengakhiri perbualan.