Showing posts with label Awie. Show all posts
Showing posts with label Awie. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

Awie Menang Pelakon Terbaik Teater Muzikal (VIDEO)


Menurut Awie, trofi tersebut merupakan satu gegaran buatnya untuk meneruskan penglibatannya dalam bidang ini secara lebih serius.

Pelakon filem popular yang juga merupakan penyanyi rock terkenal tanahair, Awie dinobatkan sebagai pemenang trofi Pelakon Utama Terbaik di Anugerah Seni BOH Cameronian yang berlangsung malam tadi di One World Hotel, Bandar Utama.

Wednesday, January 18, 2012

Awie disantau tuju-tuju oleh musuh lama

Awie muntah jarum dan  bulu ayam
IPOH: Penyanyi rock terkenal, Awie mendakwa menjadi mangsa perbuatan jahat pihak tertentu yang menghantar ‘santau tuju-tuju’ kepadanya menyebabkan kesihatannya kini terjejas dan mengalami beberapa kejadian pelik termasuk muntah mengandungi jarum dan bulu ayam.

Thursday, January 12, 2012

Awie tawar M Nasir berlakon filemnya?


JANGAN salah faham pula bila Cik Normah sebut vokalis Wings, Awie, melamar Datuk M Nasir. Ini perihal filem sulungnya yang mengangkat watak dalam filem Merah dulu, yang pernah diarahkan sendiri komposer dan penyanyi juga merangkap rakan karibnya.

Wednesday, January 11, 2012

Memalukan: Ular Di Konsert Awie & Ella? (3 GAMBAR)


Tinggal dua hari saja lagi sebelum dua penyanyi Rock terkemuka Malaysia, Awie dan Ella bakal menggegarkan pentas Istana Budaya. ‘Konsert Awie dan Ella, Raja & Ratu Rock Malaysia’ bakal berlangsung di Istana Budaya bermula pada 12 Januari hingga 15 Januari ini.

Monday, December 26, 2011

Konsert 'Loudspeaker' masih gaya kampung, memalukan

Awie masih dengan gaya kampung
KUALA LUMPUR: Konsert Loudspeaker yang berlangsung malam Ahad di Stadium Merdeka di sini, kurang meraih perhatian umum walaupun ia menampilkan empat penyanyi hebat iaitu kumpulan Wings, XPDC, Azlan & The Typewriter serta FaizalTahir & Royale FT Force.

Menurut wakil penganjur Red Garage Group Sdn Bhd, Dira Abu Zahar, walaupun sambutan yang diberikan penonton tidak mencapai sasaran, namun ia sedikit pun tidak melemahkan semangat mereka.

Thursday, December 15, 2011

Awie Mengaku Memukul Akibat Tercabar


KUALA LUMPUR, 15 DISEMBER 2011: Tidak cedera mahupun luka parah akibat pergaduhan di sebuah kelab di Pulau Langkawi, namun tegas vokalis kumpulan Wings, Awie sememangnya berlaku pergaduhan melibatnya dirinya bersama individu yang tidak dikenali.

Tidak menafikan khabar angin yang bertiup di media massa dan laman sosial mengenai pergaduhan tersebut, namun jelas Awie, cerita tersebut ditokok tambah sehingga menjadi satu fitnah buat dirinya.

Wednesday, December 14, 2011

Hero PEKIDA, Awie gaduh guna buku lima (3 GAMBAR)


Setelah lama mendiam sekarang keluar khabar angin mengatakan dia belasah orang di Pulau Langkawi sewaktu menghadiri perjumpaan PEKIDA. Bukan hendak memburukkan Awie, tapi apakah perkara sebenar yang berlaku di sebalik khabar angin ini?

Al-kisahnya, minggu lepas Awie telah turun ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat PEKIDA Malaysia dan seperti mana lelaki lain, Awie keluar untuk menghabiskan masa bersama dua orang rakan beliau yang kami di’fahamkan sebagaibodyguard Awie.

Friday, October 14, 2011

Awie kata Bob Lokman riak dan cari publisiti murah



KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.


Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie nafi jadi gengster UMNO

KUALA LUMPUR 14 Okt.- Penyanyi Rock yang juga vokalis Kumpulan Wings, Awie meminta agar tidak menggelar beliau sebagai seorang gangster Melayu berdasarkan penampilan beliau.
Jauh sekali dari pandangan sempit sebegitu, beliau sebenarnya seorang yang suka berlawak dan penyanyang terutamanya terhadap kanak-kanak.

Thursday, October 13, 2011

Awie nafi beliau sertai UMNO.



Sehari dua lepas riuh rendah di halaman Facebook dan juga Blog-blog menyebarkan cerita yang Awie akan menyertai Pemuda UMNO.. dengan itu berbagai kutukan yang dilemparkan terhadap Awie..

Kan Negara kita mengamalkan system demokrasi jadi tak salah rasanya kalau Awie nak sertai Pemuda UMNO itu kerana itu hak dia.. jadi.. hormatilah apa pilihan dia..