Showing posts with label malu. Show all posts
Showing posts with label malu. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

Safee Sali mungkin menganggur hingga April depan.

Safee Sali terpaksa menutup muka apabila terpaksa kembali ke Selangor

KESUDIAN Selangor yang mahu ‘merujuk semula’ dengan Safee Sali amat dihargai oleh bekas penyerang berbisa skuad Gergasi Merah itu.

Mengakui terharu dengan ‘jemputan’ tersebut, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim begitupun berkata, ia tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Wednesday, December 28, 2011

Faizal Tahir punca konsert Loudspeaker tiada sambutan


Umum sudah pun mengetahui Konsert Loudspeaker Y2K 11 yang berlangsung pada 25 Disember lalu tidak mendapat sambutan memberangsangkan. Dianggarkan hanya 2,000 orang sahaja yang membeli tiket untuk konsert yang membariskan Faizal Tahir, Wings, Azlan & The Typewriter dan XPDC itu.

Walaupun ada yang percaya cuti hujung minggu yang panjang adalah penyebab kepada situasi itu, tetapi ada juga cakap-cakap belakang yang mendakwa Faizal adalah penyebab utama. Kononnya, genre muzik Faizal tidak klik dengan barisan artis lain.

Monday, December 26, 2011

Konsert 'Loudspeaker' masih gaya kampung, memalukan

Awie masih dengan gaya kampung
KUALA LUMPUR: Konsert Loudspeaker yang berlangsung malam Ahad di Stadium Merdeka di sini, kurang meraih perhatian umum walaupun ia menampilkan empat penyanyi hebat iaitu kumpulan Wings, XPDC, Azlan & The Typewriter serta FaizalTahir & Royale FT Force.

Menurut wakil penganjur Red Garage Group Sdn Bhd, Dira Abu Zahar, walaupun sambutan yang diberikan penonton tidak mencapai sasaran, namun ia sedikit pun tidak melemahkan semangat mereka.