Umum sudah pun mengetahui Konsert Loudspeaker Y2K 11 yang berlangsung pada 25 Disember lalu tidak mendapat sambutan memberangsangkan. Dianggarkan hanya 2,000 orang sahaja yang membeli tiket untuk konsert yang membariskan Faizal Tahir, Wings, Azlan & The Typewriter dan XPDC itu.
Walaupun ada yang percaya cuti hujung minggu yang panjang adalah penyebab kepada situasi itu, tetapi ada juga cakap-cakap belakang yang mendakwa Faizal adalah penyebab utama. Kononnya, genre muzik Faizal tidak klik dengan barisan artis lain.

