Wednesday, January 11, 2012

Memalukan: Ular Di Konsert Awie & Ella? (3 GAMBAR)


Tinggal dua hari saja lagi sebelum dua penyanyi Rock terkemuka Malaysia, Awie dan Ella bakal menggegarkan pentas Istana Budaya. ‘Konsert Awie dan Ella, Raja & Ratu Rock Malaysia’ bakal berlangsung di Istana Budaya bermula pada 12 Januari hingga 15 Januari ini.

Bagi mereka yang masih belum mendapatkan tiket, GUA nasihatkan anda segera mendapatkannya kerana jualan tiket amat menggalakkan dan sudah habis terjual sebanyak 60%. Malah, tiket-tiket berharga RM40 dan RM80 juga laris dijual dan hampir habis.

Semalam, GUA berpeluang bertemu dengan Pengarah Persembahan konsert ini, siapa lagi kalau bukan pelakon dan pengarah berbakat, Hans Isaac. Amboi, bukan main sibuk lagi jejaka terhangat di pasaran ini ya. GUA dapat tahu, Hans bakal berkampung di IB kerana akan terlibat dengan konsert Awie & Ella, teater Cuci The Musical 3 dan persembahan komedi, Lawak Ke, Der?. Wah, murah betul rezeki Hans untuk tahun 2012.

Berbalik pada konsert Awie dan Ella, Hans nampaknya begitu teruja untuk menantikan konsert yang akan berlangsung bermula pada Khamis ini. Hans yang ditemui ketika sesi latihan konsert di Lambang Sari, semalam memberitahu, “Saya seronok dan tak sabar nak buka konsert pada 12 Januari ini.

“Walaupun penonton dah tahu siapa Ella dan Awie, namun mereka tak pernah melihat ikon rock ini di atas satu pentas. Ella juga dah lama tak buat konsert dan saya yakin, ini akan menjadi satu persembahan yang lain dari yang lain. Saya harap persembahan ini akan berjaya kerana ia satu sejarah bagi saya dan juga pentas IB kerana Awie dan Ella tidak pernah beraksi di atas satu pentas.”


Menyentuh mengenai persiapan konsert ini, Hans memberitahu, “Stail nyanyian Awie dan Ella berbeza di mana Awie lebih rock manakala Ella lembut. Jadi, kami kena fikir macam mana nak sampaikan gambaran tersebut kepada penonton.

“Justeru, kami akan menyediakan set dengan konsep ‘hutan besi’ di mana akan ada grafik yang dipancarkan dari projektor. Anda boleh lihat konsep hutan tersebut akan bergerak sekaligus menghidupkan suasana nyanyian Ella dan Awie.

“Pentas yang digunakan pula bulat dan akan ada satu lubang di tengah-tengahnya. Selalu orang buat biasa saja konsert dan lebih tertumpu kepada penyanyi dan pemuzik, tapi kami ambil 30% dari kos keseluruhan konsert ini untuk menghasilkan set sahaja agar dapat memberi keunikan dan kelainan kepada persembahan itu nanti.”

Bagi mereka yang ingin menonton ‘Konsert Awie dan Ella, Raja & Ratu Rock Malaysia’ pada 12 Januari hingga 15 Januari ini, di Istana Budaya, jangan ketinggalan untuk  mendapatkan tiket berharga RM40, RM80, RM140, RM210, RM300, RM400 & RM450 secara online di www.ticket2u.biz atau di talian 03-4147 8600.


No comments:

Post a Comment