Panas! Bintang bola sepak kebangsaan yang juga suami kepada pelakon Ayu Raudhah, Zaquan Adha, pernah menjalin hubungan luar nikah bersama seorang gadis bernama M sehingga mengandung. Itu pendedahan yang dibuat oleh kakak iparnya, pelakon Rita Rudaini, menerusi laman Twitter miliknya.
Semalam heboh apabila mereka di katakan berbalas sindiran di laman Twitter. Hari ini, nampaknya keadaan menjadi semakin 'panas menggelegak'. Mereka berperang, ini serius!
Tak cukup dengan itu, Rita juga menyatakan yang Zaquan telah meminta M mengugurkan kandungan tersebut. Di fahamkan perangai buruk dan tindakkan kejam Zaquan ini sampai ke pengetahuan Rita Rudaini setelah M sendiri datang mengadu kepada dia dan suaminya yang juga merupakan abang kembar Zaquan iaitu Aidil Zafuan.
Bagaimanapun, hari ini di laman portal mStar, Zaquan membuat kenyataan meminta supaya Rita berhenti daripada menyebarkan fitnah melampau itu. Zaquan juga menganggap tuduhan itu sebagai ugutan dan cubaan untuk memalukan dirinya.
"Terlalu banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya berbaur ugutan kepada saya.
"Sudahlah ibu dan ayah saya tidak sihat, jika mereka dapat tahu tentang hal ini, mereka pastinya kecewa,", ujar Zaquan di laman portal tersebut.
Malah Zaquan meminta Rita tidak mencari masalah dengan sikapnya yang dilihat semakin melampaui batas.
Entri Rita pada petang Selasa
Ini pula entri Zaquan, juga pada hari yang sama
Menurut Zaquan lagi, jika dia lah yang menjadi 'batu api' dalam kemelut yang melanda keluarga, ia adalah disebabkan keinginannya untuk menyelamatkan abangnya daripada seseorang (Rita) yang dianggap kejam.
“Jantan macam tu tak boleh dibiarkan... dia nak sangat malukan saya, meh kita start the game,” katanya.
Rita turut berkata, seseorang yang hendak meruntuhkan masjid (merujuk kepada rumah tangganya) akan menerima balasan daripada Allah.
Susah juga sebenarnya kalau kisah keluarga sudah di’bawake dunia maya dan menjadi tatapan peminat satu Malaysia atau boleh jadi satu dunia! Tidak dapat di pastikan siapa benar siapa salah... Pandai-pandailah kalian menilainya sendiri.
No comments:
Post a Comment