Showing posts with label uia. Show all posts
Showing posts with label uia. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Gelaran Profesor Ditarik Balik Tidak Jejas Kredibiliti – Aziz Bari

Dr Abdul Aziz Bari.

PETALING JAYA: Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari berkata, gelaran profesornya yang digugurkan oleh universiti itu langsung tidak menjejaskan kredibilitinya.

“Gelaran profesional itu kerana ilmu saya dan bukannya pangkat di universiti. Jika UIAM mahu gugurkan gelaran itu, saya tidak kisah.

Monday, November 21, 2011

UIA batal dialog AUKU dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi


KUALA LUMPUR, 22 Nov — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang popular dengan pendirian progresif menyentuh transformasi politik, kecewa apabila Universiti Islam Antarabangsa (UIA) membatalkan program yang sepatutnya beliau jayakan di kampus induk pusat pengajian tinggi itu di Gombak, malam tadi.

Sunday, November 20, 2011

Mampu bentuk jati diri mahasiswa (6 GAMBAR)


BELAJAR BERSAMA...bagi mereka yang menyewa di luar, suasananya pasti berbeza terutama ketika mengulang kaji.


 SEGELINTIR mahasiswa apabila tidak berjaya memperoleh tempat di kolej kediaman, pasti merasa gundah dan bimbang serta dihantui pelbagai persoalan sama ada mampu atau tidak hidup berdikari.

Friday, November 4, 2011

Mahasiswa kini bebas berpolitik



SERDANG – Mahasiswa kini bebas berpolitik dengan keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu bahawa Seksyen 15 (a) Akta Universiti (Auku) adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu peruntukan 15(5)(a) sudah tidak lagi wujud dan kini mahasiswa bebas untuk berpolitik.

Sunday, October 30, 2011

Aziz Bari: Peluru tak patahkan semangat saya


Pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak di Kuala Lumpur bagi memberi keterangan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam.

Aziz Bari buat laporan di Taiping, polis sah peluru jenis caliber 9mm


KUALA LUMPUR, 30 Okt — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari(gambar) hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam.

Friday, October 28, 2011

Pelajar UiTM dihalang tulis tentang Aziz Bari (GAMBAR)

Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dipanggil pihak pentadbiran universiti itu semalam berkaitan tulisan dalam blognya yang "menghentam" Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.



Khalid Mohd Ismath dipanggil oleh timbalan dekan hal ehwal pelajar UiTM tengahari semalam, yang "menasihatkannya" supaya berhenti menulis tentang isu Abdul Aziz dan tidak lagi menghentam pentadbiran UIA.

Thursday, October 27, 2011

Dr M punca Kabinet campur tangan dalam laporan audit


Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi  perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.

Pakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong.

Monday, October 24, 2011

Penggantungan Aziz Bari ditarik balik akibat tekanan memuncak



Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

Friday, October 21, 2011

UIA trapped in politician



Lover Boy: Zaleha Kamarudin, the rector of UIA (Universiti Islam Antarabangsa), is not to be blamed. She is taking instructions from higher-ups and I think she is an ‘obedient wife'.

As to the students of UIA, I am surprised that they have the balls to stand up to the Umno authorities and the dictates of the sultan. I am sure these ‘anak anak Melayu' know from Hang Tuah that "Anak Melayu tidak menderhaka".

Monday, October 17, 2011

Aziz Bari Diingatkan Jangan Ghairah Main Politik Hingga Lupa Asal Usul

KUALA LUMPUR, 17 Okt. – Tindakan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah baru-baru ini sama seperti ‘kacang lupakan kulit’ lantaran lupa pada pihak yang membantunya sehingga dapat menamatkan pengajian ke peringkat tinggi dan bergelar seorang ahli akademik.