Showing posts with label auku. Show all posts
Showing posts with label auku. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Persatuan Mahasiswa desak Saifuddin letak jawatan


SHAH ALAM - Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) terus mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah agar meletakkan jawatan atas alasan seolah-olah memihak kepada kumpulan pelajar mengadakan perhimpunan dan demonstrasi menggesa Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan.

Presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah berkata, ia merupakan langkah susulan daripada tindakan mereka sebelum ini yang memberi Saifuddin agar meletakan jawatan dalam masa 14 hari selepas menerima memorandum mereka 21 Disember lalu.

Monday, December 26, 2011

Perhimpunan 'Malam Talkin untuk AUKU' di UPSI 31 Dis


Sekumpulan mahasiswa akan mengadakan perhimpunan menuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya Adam Adli Abdul Halim kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab berkata, mereka akan berkampung selama 16 jam di hadapan UPSI bermula 9 malam pada 31 Disember sehingga jam 1 petang keesokan harinya.

Wednesday, December 21, 2011

Turun bendera PM, fahami mesej Adam


Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri?

Adam: Pada hari itu, matlamat kami berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia akademia. Bagi saya isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini.

Monday, November 21, 2011

UIA batal dialog AUKU dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi


KUALA LUMPUR, 22 Nov — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang popular dengan pendirian progresif menyentuh transformasi politik, kecewa apabila Universiti Islam Antarabangsa (UIA) membatalkan program yang sepatutnya beliau jayakan di kampus induk pusat pengajian tinggi itu di Gombak, malam tadi.