Showing posts with label pwtc. Show all posts
Showing posts with label pwtc. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Turun bendera PM, fahami mesej Adam


Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri?

Adam: Pada hari itu, matlamat kami berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia akademia. Bagi saya isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini.

Monday, December 19, 2011

'Bendera Najib': Siswa enggan mohon maaf (3 GAMBAR)


Penganjur perhimpunan yang menyaksikan bendera Datuk Seri Najib Razak diturunkan di ibu pejabat Umno pada Sabtu lalu tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara.

Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan perdana menteri.

Tuesday, November 29, 2011

Taklimat presiden buka tirai perhimpunan Umno


Perhimpunan Agung Umno 2011 membuka tirainya hari ini dengan taklimat daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak, antara agenda utama yang dinanti-nantikan kira-kira 5,447 anggota perwakilan yang hadir.

Majlis taklimat presiden yang akan diadakan secara tertutup pada sebelah petang membolehkan Najib menyampaikan amanat beliau yang dianggap amat penting kerana dijangka menyentuh persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.  

Perdana menteri pada 20 November lepas telah menyampaikan amanat berbeza kepada anggota pergerakan Pemuda dan Puteri, yang julung kali diadakan dalam sejarah perhimpunan itu.

Wednesday, November 23, 2011

Zahid : Isu calon agenda utama Perhimpunan Agung UMNO


MEMANDANGKAN bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kini semakin dirasai, maka sewajarnyalah isu pemilihan calon dan langkah perlu bagi menangkis tohmahan pembangkang dijadikan agenda utama pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, yang akan berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember ini.

Hampir setiap pemimpin UMNO yang ditemui menyentuh isu berkaitan pilihan raya, termasuk kriteria baru pemilihan calon bagi memastikan kemenangan kepada parti tunjang, Barisan Nasional (BN).