Pentas MUZIK MUZIK 26 Separuh Akhir bakal menjadi tempat persaingan bagi 30 buah lagu daripada pelbagai genre dalam tiga pusingan separuh akhir yang akan bermula pada 18 November, setiap Jumaat jam 9.00malam.
Mencecah usia 26 tahun penganjurannya, perjalanan muzikal hebat program hiburan terulung TV3, Muzik Muzik telah sekian lama meledakkan gelombang revolusi di dalam industri muzik tanah air! Masih kekal dengan konsep ‘persembahan konsert’, program ini menampilkan artis dan lagu yang bertanding dalam episod mingguan.

