Saturday, August 20, 2011

Corat-Coret APA: Amanda Imani Berlumuran Darah!


KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2011: Penganjuran program Artis Pencinta Alam (APA) yang berlangsung di Belum Resort, Pulau Banding, Perak pada 8 hingga 10 Julai lalu bukan saja melakar sejarah baru dalam industri hiburan tempatan, malah ia turut memberikan kenangan terindah bukan saja buat kesemua 11 selebriti yang terlibat.


Istimewa buat pembaca murai.com.my, berikut adalah corat-coret yang berlaku sepanjang program APA selama 3 hari 2 malam.

HARI PERTAMA (8 JULAI 2011)


· Penyampai radio online, Bapakku FM, Isma Halil adalah selebriti yang pertama tiba dilokasi berkumpul iaitu di The Place Damansara Perdana. Difahamkan, Isma Halil tidak tidur malam kerana terlalu teruja untuk bertolak ke Pulau Banding.

· Pihak penganjur pening kepala apabila penganjuran program ini mendapat sambutan memberangsangkan dari media dan artis. Oleh kerana itu, perancangan dari sebuah bas menjadi 2 buah bas kerana hampir 100 orang termasuk krew yang pergi ke Pulau Banding.

· Sungguh bas penuh, Fauziah Latiff yang sudah banyak kali ke sana tidak menaiki bas tetapi telaj konvoi bersama bas dengan memandu keretanya sendiri ke sana.

· Selain Fauziah Latiff, penyanyi Ezlynn juga membawa kenderaan sendiri ke sana.

· Mejar Dr Faiz Khaleed tidak dapat bertolak pada sebelah pagi dan menyertai rombongan itu kerana tidak mendapat perlepasan waktu kerja. Dia terpaksa bertolak sendiri pada sebelah petang.

· Setibanya di Belum Resort, Pulau Banding, setiap artis dan media disambut dengan persembahan tarian sewang dari orang Asli. Setiap artis juga diundang bersama untuk menari.


· Editor murai.com.my merangkap pengacara Apa Kata M, Ajieb turut ditarik untuk menari bersama orang Asli.

· Selepas daftar masuk ke bilik hotel dan menjamu selera, setiap artis dan media diberikan taklimat mengenai kawasan Pulau Banding dan Hutan Belum.

· Pada sebelah malam, setiap peserta program ini dikehendaki menyertai aktiviti Night Trekking di sekitar hutan berhampiran Belum Resort. Ketika aktiviti ini, kaki Amanda Imani berlumuran darah kerana dihisap pacat.

· Sebelum aktiviti Night Trekking dimulakan, setiap peserta dikehendaki berkumpul dihadapan resort untuk warm-up. Namun, Miss Universe Malaysia, Nadine adalah selebriti yang terakhir tiba di situ.

· Sungguhpun Yasmin Hani memakai kasut yang menutupi seluruh bahagian kakinya, namun Yasmin turut membawa pulang anak pacat. Apapun, Yasmin bernasib baik kerana masih belum diserang lagi.

· Selain kaki Amanda Imani yang berdarah kerana diserang pacat, penyampai program Diva di RTM 1, Addy juga mengalami masalah yang sama walaupun dialah antara peserta yang banyak mengambil langkah keselamatan dari diserang pacat.

· Selepas selesai Night Trekking, barulah Major Dr Faiz Khaleed tiba dilokasi lebih kurang jam 1 tengah malam. Difahamkan, sepanjang perjalananan, Dr Faiz terpaksa meredah trafic jam berpunca dari perhimpunan Bersih.

HARI KEDUA (9 JULAI 2011)

· Sewaktu sarapan pagi, setiap peserta kagum melihat Yasmin Hani yang kreatif menggayakan t-shirt rasmi program ini yang mana dia telah memotong bahagian leher menjadi lebih lebar.

· Juru gambar dari Utusan Karya yang bernama Asri mendapat panggilan nama Safee Sali kerana wajahnya yang mirip dengan pemain bola Malaysia itu.

· Selain juru kamera Utusan Karya, krew dari program Selamat Pagi Malaysia bernama Nahar juga diusik klon artis kerana wajahnya mirip pelakon Gambit. Apa yang pasti, mereka berdua melekat nama klon Safee Sali dan klon Gambit.

· Sebelum bertolak ke Sungai Tiang untuk melawat perkampungan orang asli di situ, berlaku sedikit kekecohan yang mana tidak semuanya dapat menyertai program itu disebabkan permit diperlukan untuk melawat ke perkampungan orang asli berkenaan.

· Pelakon Rafidah Ibrahim teruja kerana menjumpai tulisan namanya sewaktu berjalan di kawasan kampung orang Asli.

· Setiba di dewan orang Asli, Ezlynn dan Yasmin Hani terus melayan kanak-kanak orang asli yang belajar di dewan itu yang digelar Toy librarry. Selain melayan kanak-kanak itu, Ezlynn secara spontan telah menyanyikan lagu Rasa Sayang berpandukan buku nyanyian yang ada di meja belajar di situ.

· Selepas melawat ke perkampungan orang asli di sungai Tiang yang perlajanannya memakan masa satu jam, setiap peserta terus bertolak menaiki bot ke Sungai Nam yang memakan masa sejam lebih untuk tiba di sana. Ternyata ramai selebriti yang tertidur dalam bot kerana penat.

· Setibanya di Sungai Enam, setiap peserta terus menjamu selera dan menikmati keindahan hutan di situ. Malah, kesemua artis juga mengambil peluang untuk mandi di air terjun yang terdapat dalam hutan ini.

· Ibu kepada Amanda tergelincir sewaktu menuju ke air terjun dan menyebabkan kakinya terseliuh. Namun ibu Amanda tetap gigih menerus perjalanan untuk menikmati peluang melihat spesis hidupan hutan seperti Latern Bug dan Yellow Wild Ginger.

· Selepas puas melawat hutan Sungai Enam, perjalanan diteruskan lagi untuk melihat sendiri bunga terbesar di dunia, Rafflesia yang berada di salah satu pulau di Pulau Banding.

· Kesemua selebriti dan media tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama bunga Rafflesia yang baru saja berkembang. Malah, rata-rata kesemuanya juga turut mengambil gambar dengan rahsia yang masih lagi bayi, sudah mati dan baru saja mengeluar kelopak yang pertama.

· Pada sebelah malam, setiap peserta menjamu selera dengan hidangan barbeque yang disediakan sambil menikmati hiburan pesembahan dari orang asli.

· Sabhi Saddi, Ezlynn, Yasmin Hani dan Isma Halil serta wartawan yang terpilih telah menyahut cabaran menyertai pertandingan menyumpit belon. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Isma Halil.

· Selepas menikmati hidangan dan pertunjukkan dari orang asli, Ezlynn, Hasnol, Isma Halil, Yasmin Hani bersama krew program tidak putus-putus berkaraoke melepaskan penat seharian jelajah pulau.

· Pengacara Selamat Pagi Malaysia, Wan Aliazar juga melepaskan gian berkaraoke bersama selebriti yang ada. Aliazar bersama penyampai Suria FM, Kapten Faqrul merupakan peserta yang mewakili media bagi sesi berkaraoke.

HARI KETIGA (10 JULAI 2011)

· Sebelum bertolak pulang ke ibu kota pada jam 2.30 petang, setiap selebriti berpeluang untuk menaiki house bot untuk meronda sekitar pulau banding. Selain meronda, setiap artis juga sempat berkaraoke di atas boat berkenaan.

· Jika artis meronda Tasik Temenggoh menaiki house boat, para media pula berpeluang berkayak sekitar kawasan tasik. Selepas berkayak, para wartawan bergembira mandi-manda di tasik berkenaan.

· Pengacara Selamat Pagi Malaysia, Ali Azar bersama krewnya tertinggal bas untuk pulang ke ibu kota. Namun, mereka bernasib baik kerana selepas meninggalkan Belum Resort, rombongan program ini singgah ke Pulau Banding, Foundation untuk melihat pemeliharaan ikan kelah.

· Sungguhpun Major Dr Faiz Khaleed datang menaiki kereta, namun apabila pulang, Dr Faiz amat sporting kerana mahu pulang bersama-sama dengan rombongan bas.

· Kasihan Farah Asyikin apabila diusik mempunyai hubungan istimewa dengan Dr Faiz kerana kemesraan mereka sepanjang program APA.

No comments:

Post a Comment