Showing posts with label muzik. Show all posts
Showing posts with label muzik. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

NAR: Selepas Najwa Latiff berjaya kini Iamneeta


PETALING JAYA: Setelah berjaya mencungkil bakat Najwa Latif melalui youtube, NAR Records Sdn Bhd kini memilih sebuah kumpulan baru, Iamneeta, untuk bernaung di bawah label syarikat tersebut.

Bakat Iamneeta juga dikesan melalui laman sosial Youtube apabila video-video nyanyian mereka menarik perhatian pihak NAR, yang juga pernah menaikkan nama penyanyi Sarah Raisuddin pada awal tahun 2003.

Friday, December 2, 2011

Sekitar Majlis 'Music Author’s Copyright Protection' - MACP 2011 (23 GAMBAR)


Majlis MACP (Music Author’s Copyright Protection) telah pun selamat dijalankan untuk tahun 2011 baru-baru ini. Untuk makluman, lagu paling banyak yang dimainkan untuk tahun 2010-2011 ialah lagu Yuna, Dan Sebenarnya. Memang rezeki Yuna betul. Tahniah Abang Nara ucapkan atas pencapaian ini.

Sunday, November 27, 2011

Syafinaz: Koir Kebangsaan Malaysia Bersedia Ke Luar Negara (3 GAMBAR)

Antara peserta kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia yang membuat persembahan di Konsert Wrong Notes di Auditorium DBKL, malam Sabtu. 

KUALA LUMPUR: Penyanyi Syafinaz Selamat mengakui kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia sudah bersedia untuk membuat persembahan di luar negara.

Menurutnya lagi, melalui pengalaman kumpulan ini membuat banyak persembahan termasuk di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang 20 tahun ditubuhkan, Syafinaz yakin dengan kemampuan anak-anak didiknya itu.

Wednesday, October 26, 2011

30 Lagu, 2 Trio ke Separuh Akhir MuzikMuzik 26 (LIST & JADUAL)



Pentas MUZIK MUZIK 26 Separuh Akhir bakal menjadi tempat persaingan bagi 30 buah lagu daripada pelbagai genre dalam tiga pusingan separuh akhir yang akan bermula pada 18 November, setiap Jumaat jam 9.00malam.


Mencecah usia 26 tahun penganjurannya, perjalanan muzikal hebat program hiburan terulung TV3, Muzik Muzik telah sekian lama meledakkan gelombang revolusi di dalam industri muzik tanah air! Masih kekal dengan konsep ‘persembahan konsert’, program ini menampilkan artis dan lagu yang bertanding dalam episod mingguan.