Showing posts with label bung. Show all posts
Showing posts with label bung. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Umno Cheras pula mahu Shahrizat berundur segera


Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

Sunday, December 4, 2011

Bung Moktar Ulang Gesa Shahrizat Letak Jawatan Demi UMNO

"Kita tidak tahu Shahrizat sendiri diragui oleh sayap Wanita UMNO"
KUALA LUMPUR, 3 Dis — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin (gambar)mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu.Katanya: “Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu.”

Friday, December 2, 2011

Bung Mukhtar : Mat Sabu Kering Idea Nak Saman Najib


KUALA LUMPUR, 2 DIS : Tindakan PAS memfailkan semakan kehakiman ke atas Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia bersabit Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 mengundang kritikan keras pimpinan UMNO sehingga melabelkan pembangkang sebagai tidak menghormati keputusan Dewan Rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, tindakan memfailkan saman bagi mendapatkan semakan kehakiman itu jelas membuktikan pembangkang bertindak demi kepentingan peribadi.

Tuesday, November 15, 2011

Shahrizat not involved in NFC, DPM tells Bung Moktar


Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin today brushed aside calls by a BN backbencher for Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil to resign.

Monday, November 14, 2011

Azman Mokhtar dan Tony Fernandes tipu rakyat - Bung Mohtar

Dari kanan, AirAsia chief executive Tony Fernandes, Pengerusi Malaysia
Airlines Md Nor Yusof dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar.
KUALA LUMPUR, 14 Nov – Beberapa ahli Parlimen Umno hari ini menuduh Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Tony Fernandes telah menipu rakyat dalam urusan perjanjian saham melibatkan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Ogos lalu.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin mahu Azman, ketua eksekutif Khazanah disoal siasat ekoran keputusan agensi pelaburan kerajaan memutuskan untuk menukar 20.5 peratus saham dalam MAS bagi mengambil 10 peratus saham dalam AirAsia.

Bung Moktar mahu Shahrizat letak jawatan (GAMBAR)


Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.