![]() |
"Kita tidak tahu Shahrizat sendiri diragui oleh sayap Wanita UMNO" |
KUALA LUMPUR, 3 Dis — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin (gambar)mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu.Katanya: “Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu.”
“Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti,” katanya.Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.“Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan.
“Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya,” kata Bung Moktar lagi.Bung Moktar berkata menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu.
“Jadi, saya sudahkan pun menyatakan pendirian saya. Saya meminta beliau mempertimbangkan (keputusan agar letak jawatan)... disebabkan seorang individu, sebahagian terlibat,” kata beliau lagi.Pertengahan bulan lalu, Bung Moktar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan.
Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhg-xbuk_lpXchaiNZBsswIpmzylGxROjALTTWA2EsydyLb3C7T2t6ZpgHUo2otIFBWFVYKArh-GrRzkd29_Tba7H9WpnaNIWrDy0SBb8Knl2oaTrArWOsgE4-Xu9q5wM7YpPURrSQxHGc/s320/bung+mokhtar+gesa+shahrizat+letak+jawatan+demi+umno.png)
Tetapi kemudian Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.TMI