Showing posts with label Perkahwinan Noraniza Idris Jeffri Hudi. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan Noraniza Idris Jeffri Hudi. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Benarkah Noraniza Idris Hamil? (3 GAMBAR)


Hujung minggu lalu, sebuah akhbar mingguan membuat spekulasi tentang kehamilan Noraniza Idris kerana bentuk badannya yang lebih berisi. Setelah dirisik kepada empunya badan, ternyata spekulasi itu tidak benar. Jelas Noraniza atau panggilan mesranya, Kak Ani, dia tidak hamil sebaliknya mengalami pertambahan berat badan yang ketara.

Monday, December 5, 2011

Kak Ani kesal radio tetap syarat utk lagu irama etnik (3 GAMBAR)

"Sekarang kebanyakan stesen radio sudah ada syarat tertentu untuk sesebuah
lagu dikeudarakan, ada boleh dan ada tidak boleh.
"RINDU memang rindu, tapi nak hasilkan album berentak etnik kena fikir sepuluh kali," itu luahan pemilik nama Noraniza Idris atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ani, 43, saat ditanya kerinduan genre yang menjadi makanannya.

Katanya, lebih banyak pancaroba berbanding prospek jika berkehendakkan irama tradisional atau etnik kreatif diangkat semula ke dalam industri muzik semasa.

Monday, November 28, 2011

Petugas Majlis Perkahwinan Noraniza Idris belum terima bayaran? (GAMBAR)

Noraniza Idris marah sambil menafikan beliau masih berhutang.

Tanggal 29 September lalu, menyaksikan penyanyi, Noraniza Idris yang dikenali ramai dengan lagu-lagu berentak etnik kreatif mendirikan rumah tangga buat kali ketiga. Kali ini dengan seorang bilal masjid di Singapura, Jeffri Hudi.

Majlis pernikahan mereka yang berlangsung meriah itu diadakan sempena sambutan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011 dan dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. (NIPV) bersama Gerakan Belia 4B Negeri Johor.

Thursday, November 24, 2011

“Rezeki Lepas Berkahwin Makin Murah” – Noraniza Idris


“Alhamdulilah rezeki selepas berkahwin semakin murah. Suami juga banyak membantu dalam mengaturkan kerjaya seni agar lebih teratur,” akui penyanyi yang terkenal dengan lagu bergenre Etnik Kreatif, Noraniza Idris, 43 ketika ditanya tentang kehidupannya setelah dua bulan bergelar isteri kepada seorang bilal sebuah masjid di Singapura, Jeffri Hudi, 52.

Pelantun lagu hits ‘Awallah Dondang’ ini ditemui pada sidang media program ‘Santai Primadona Noraniza idris 2012′ di Restoran Seri Melayu di sini baru-baru ini.

Tambah wanita yang mesra disapa Kak Ani ini lagi, kehidupannya kini menjadi lebih lengkap dan sempurna dengan adanya kehadiran suami di sisi. Suami bukan sahaja ringan tangan membantu segala perihal seninya malah dalam masa yang sama merupakan penasihat dan pendorong kuatnya agar terus berkarya.

Monday, October 3, 2011

Sultan Johor hadir persandingan Noraniza, Jeffri

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghadiri majlis persandingan Noraniza Idris
dan Jeffri Hudi (tengah) di Plaza Angsana, Johor Bahru, kelmarin.
JOHOR BAHRU 2 Okt. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli dengan menghadiri majlis persandingan penyanyi, Noraniza Idris dan pasangannya, Jeffri Hudi di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana di sini, malam semalam.

Saturday, October 1, 2011

PERKAHWINAN NORANIZA IDRIS DAN JEFFRI HUDI SEPTEMBER 2011


 Gambar Perkahwinan  Noraniza Idris  dan Jeffri Hudi seiring dengan sambutan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011.


Majlis pernikahan mereka diadakan di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Baru, Johor, kira-kira pukul 2 petang, Khamis. 

Menurut pembantu peribadi Noraniza iaitu Yus Sulaiman, pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah, Abu Bakar Watak berwalikan abang penyanyi itu, Mohd Arshad Idris dengan mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran.Noraniza juga turut menerima wang hantaran sebanyak RM15,000.