Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghadiri majlis persandingan Noraniza Idris dan Jeffri Hudi (tengah) di Plaza Angsana, Johor Bahru, kelmarin. |
Noraniza, 43, dan Jeffri, 52, ketika ditemui selepas majlis itu melahirkan kegembiraan atas kunjungan Sultan Johor ke majlis persandingan mereka sekali gus merasmikan 'Program Kahwin-kahwin Masyhur 1Malaysia'.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya serta suami sangat bersyukur kerana Sultan Johor berkenaan mencemar duli bagi menghadiri majlis persandingan perdana ini. Ia benar-benar suatu kenangan yang sangat manis bagi kami," ujar Noraniza.
Pasangan itu dinikahkan oleh Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar Watak pada pukul 2.45 petang di lokasi yang sama Khamis lalu dengan mas kahwin senaskhah al-Quran dan dengan hanya sekali lafaz oleh Jeffri, mereka sah menjadi suami isteri.
Noraniza sebelum itu, sudah mengikat tali pertunangan dengan duda anak empat itu pada 22 April lalu dalam satu majlis di rumah abang sulungnya, Mohd. Arshad, 57, di Kong Kong, Masai.
No comments:
Post a Comment