Hattan yang baru sahaja berkahwin dengan isterinya, Farah tengah panas dengan seorang wartawan hiburan Zubir, Berita Harian. Mengikut Hattan isu yang sengaja diadakan hanya untuk melariskan tulisannya kerana sememangnya tidak wujud. Walaupun Zubir tidak menyebut nama artis dimaksudkan di akbar itu, tetapi Hattan tahu, penulisan itu ditujukan kepadanya. Mengikut Zubir, Hattan yang baru berkahwin telah menceraikan isterinya dengan talak tiga. Penulisan itu telah membuatkan Hattan panas hati kerana diserang wartawan dengan isu berkaitan rumahtangganya.
