Wednesday, November 30, 2011

“Sudahlah Gemuk Pendek, Mahu Disanjung Pula,” – Hattan marah Zubir BH


Hattan yang baru sahaja berkahwin dengan isterinya, Farah tengah panas dengan seorang wartawan hiburan Zubir, Berita Harian. Mengikut Hattan isu yang sengaja diadakan hanya untuk melariskan tulisannya kerana sememangnya tidak wujud. Walaupun Zubir tidak menyebut nama artis dimaksudkan di akbar itu, tetapi Hattan tahu, penulisan itu ditujukan kepadanya. Mengikut Zubir, Hattan yang baru berkahwin telah menceraikan isterinya dengan talak tiga. Penulisan itu telah membuatkan Hattan panas hati kerana diserang wartawan dengan isu berkaitan rumahtangganya.

“Dia tulis aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga! Suka hati dia je. Walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku,” ujar Hattan.

Wartawan kontrovesi itu juga ada merungut yang dirinya tidak dijemput ke majlis perkahwinan mereka.

“Wartawan lain semua aku beritahu. Aku tidak panggil dia seorang sahaja. Dia siapa lagi pun, bukan Anuar Zain. Sudahlah gemuk pendek ada hati mahu disanjung-sanjung.” tempelak Hattan. Wah, marah betul abang Hattan kita ni!

Hattan mengingatkan supaya menulis apa yang dikatakan supaya wartawan itu membacanya. Baginya majlis perkahwinan adalah peribadi. Jika tidak dijemput janganlah berkecil hati dan menulis yang tidak benar. Faham-faham sudah mulut abang Hattan yang suka berterus-terang inikan. Cari lagi pasal Zubir oi!