Showing posts with label selamat hari raya aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label selamat hari raya aidilfitri. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

Ahmad Idham kongsi rezeki di Rumah Terbuka

Bersama rakan artis Eira Shazira dan suami, Azad Jasmin serta Hazama.

Aidilfitri sudah mencecah hari yang ke-15, namun kemeriahan sambutannya masih lagi terasa dengan jemputan-jemputan rumah terbuka.

Turut memeriahkan suasana hari raya tahun ini, pengarah, Ahmad Idham tidak terlepas menganjurkan rumah terbuka khas buat kenalan, pihak media dan sanak saudaranya.

Monday, August 6, 2012

Filem Pendek Raya Petronas Tampil Redza Minhat Di Uzbekistan (VIDEO)


Tahun demi tahun, Petronas seringkali tampil dengan iklan raya yang kreatif dan menarik, namun yang palig ketara ialah mesej yang disampaikan melaluinya. Untuk tahun ini, filem pendek raya Petronas menampilkan pelakon Redza Minhat.

Thursday, August 2, 2012

Cuti Sekolah Mula 17 Ogos Sempena Raya 2012


Sempena Aidilfitri yang mendatang, Kementerian Pelajaran telah menetapkan Jumaat 17 Ogos sebagai cuti berganti untuk sekolah di negeri yang cuti hujung minggunya pada hari Sabtu & Ahad. Pihak sekolah dicadangkan mengganti cuti berkenaan pada Sabtu 22 September.

Wednesday, August 1, 2012

Peraduan Karang Cerita Sempena Aidilfitri MIDEA

Midea & Kosmo! yang bertemakan kasih sayang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM20,000 seperti produk-produk elektrik.
Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma, syarikat peralatan elektrik Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd. (Midea) meraikan keindahan berhari raya bersama pembaca setia Kosmo! melalui satu peraduan menarik.

Syarifah Aleya Kini Bertudung, Tabah Raya Tanpa Anak

Menurut Aleya, ini adalah kali pertama beraya sebagai seorang ibu tunggal, dan anak-anaknya akan terlebih dahulu beraya bersama bekas suaminya di Perak.
Penghijrahan selebriti wanita tempatan akhir-akhir ini bukan lagi satu kisah yang asing dalam dunia hiburan tempatan. Nama-nama seperti Diana Amir, Farah Asyikin dan Aida Khalida membuktikan walau sudah pun manis mengenakan hijab, mereka masih mampu mencari rezeki berbekalkan bakat anugerah Illahi.

Peminat Bertuah TV9 Akan Beraya Dengan 'Upin & Ipin'

Upin & Ipin bakal berkunjung dan menyambut Hari Raya di rumah seorang peminat bertuah.
KUALA LUMPUR: Stesen TV9 yang sinonim dengan animasi Upin & Ipin bakal memilih seorang peminat bertuah untuk menyambut Hari Raya bersama karakter kembar popular itu.

Kita Punya Raya Hadiah Lebaran TV9 dan HotFM


Kolaborasi di antara TV9 dan HotFM bukanlah sesuatu yang baru dalam arena hibuan tanahair. Formula yang diguna pakai kedua-dua stesen milik Media Prima ini dalam menghasilkan Versus, rancangan realiti sensasi 2012 amat menjadi. Rentetan dari kejayaan tersebut, mereka sekali lagi berkerjasama dalam Kita Punya Raya 2012.

Wednesday, August 31, 2011

Juliana Evans Sering Berdepan Tragedi Di Malam Raya

KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2011: Tidak semua kenangan raya yang mengamit di memori indah. Sama seperti insan lain, pengacara dan pelakon, Juliana Evans turut sama menyimpan pelbagai momen kurang indah yang terlalu sukar untuk dikikis daripada ingatannya sepanjang menyambut Aidilfitri.

Jika kesemua wanita sepertinya mungkin berada di dapur sewaktu menyambut raya berlainan pula ceritanya dengan Juliana Evans. Akibat sikapnya yang lasak menyebabkan dia terpaksa menyambut beberapa kali malam lebaran di hospital.

"Saya ini lasak dan nakal dan selalunya macam-macam perkara berlaku ketika malam raya. 2 tahun lepas saya main mercun dan mercun tersebut meletup di tangan saya.

"Kemudian ada satu tahun pula pada malam raya, saya main mercun dan terkena balang kuih raya, akibatnya jari saya cedera dan dijahit," katanya menceritakan mengenai kenangan raya yang tidak dapat dilupakannya.

Bakal menyambut Syawal di Bagan Datoh, Perak bersama keluarga tercinta, Juliana Evans berkata, dia amat mengemari suasana desa. Malah katanya, di kampung dia sememangnya menjalani kehidupan seorang wanita biasa.


"Saya suka balik kampung kerana saya jadi orang biasa sahaja. Boleh naik motor ke sana ke mari tanpa gangguan. Tak adalah nak control ke apa dan saya senang dengan situasi tersebut. Lebih tenang dan seronoknya apabila saudara mara dapat berkumpul bersama," katanya yang berdebar menanti reaksi peminat terhadap filem lakonannya Hantu Bonceng yang akan ditayangkan pada Syawal pertama.

Penggemar masakan rendang tok , soto dan lontong ini juga memberitahu dia hanya bercuti selama 4 hari sahaja untuk menyambut Aidilfitri. Selepas itu, kata Juliana Evans dia bakal sibuk memenuhi aktiviti promosi filem arahan Ahmad Idham, Hantu Bonceng yang dibintanginya bersama Zizan Raja Lawak, Jue Aziz dan ramai lagi.