Wednesday, August 31, 2011

Juliana Evans Sering Berdepan Tragedi Di Malam Raya

KUALA LUMPUR, 29 OGOS 2011: Tidak semua kenangan raya yang mengamit di memori indah. Sama seperti insan lain, pengacara dan pelakon, Juliana Evans turut sama menyimpan pelbagai momen kurang indah yang terlalu sukar untuk dikikis daripada ingatannya sepanjang menyambut Aidilfitri.

Jika kesemua wanita sepertinya mungkin berada di dapur sewaktu menyambut raya berlainan pula ceritanya dengan Juliana Evans. Akibat sikapnya yang lasak menyebabkan dia terpaksa menyambut beberapa kali malam lebaran di hospital.

"Saya ini lasak dan nakal dan selalunya macam-macam perkara berlaku ketika malam raya. 2 tahun lepas saya main mercun dan mercun tersebut meletup di tangan saya.

"Kemudian ada satu tahun pula pada malam raya, saya main mercun dan terkena balang kuih raya, akibatnya jari saya cedera dan dijahit," katanya menceritakan mengenai kenangan raya yang tidak dapat dilupakannya.

Bakal menyambut Syawal di Bagan Datoh, Perak bersama keluarga tercinta, Juliana Evans berkata, dia amat mengemari suasana desa. Malah katanya, di kampung dia sememangnya menjalani kehidupan seorang wanita biasa.


"Saya suka balik kampung kerana saya jadi orang biasa sahaja. Boleh naik motor ke sana ke mari tanpa gangguan. Tak adalah nak control ke apa dan saya senang dengan situasi tersebut. Lebih tenang dan seronoknya apabila saudara mara dapat berkumpul bersama," katanya yang berdebar menanti reaksi peminat terhadap filem lakonannya Hantu Bonceng yang akan ditayangkan pada Syawal pertama.

Penggemar masakan rendang tok , soto dan lontong ini juga memberitahu dia hanya bercuti selama 4 hari sahaja untuk menyambut Aidilfitri. Selepas itu, kata Juliana Evans dia bakal sibuk memenuhi aktiviti promosi filem arahan Ahmad Idham, Hantu Bonceng yang dibintanginya bersama Zizan Raja Lawak, Jue Aziz dan ramai lagi.

No comments:

Post a Comment