Pelakon-penerbit Zed Zaidi berkongsi khabar gumbira menerusi lama sosial Twitter dan Facebook mengumumkan isteri tercintanya, Nelly Natalia, sah hamil.
Menurut kenyataan blog hiburan OhBulan, awal pagi semalam Zed menemani isterinya ke klinik untuk berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan. Sementelah, Nelly yang sejak kebelakangan ni mengalami simptom-simptom pertama kehamilan. Doktor telah mengesahkan Nelly hamil enam minggu lima hari.






