Saturday, October 29, 2011

Negeri Sembilan juara piala Malaysia 2011 tetapi Ayu Raudhah gugur (VIDEO)


Disebalik kejayaan N9 menentang Terengganu malam tadi, ada pula cerita sedih yang berselimut di dalam diri pemain N9 terutamanya Zaquan Adha, tapi tak tahulah kalau Zaquan ada turun semalam sebab admin tak tengok.


Yang mana isterinya, Ayu Raudhah yang baru-baru ni dikhabarkan hamil 6 minggu telah pon mengalami keguguran atau lebih dikenali sebagai pendarahan ketika dirinya menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.

Tidak dapat dinafikan, Zaquan adalah orang yang sangat-sangat gembira dan teruja apabila Ayu mengandung anak sulung mereka, tapi dia jugalah sebagai lumrah seorang suami yang sangat-sangat bersedih. Namun itulah takdir Ilahi, Tuhan lebih menyayangi anak Zaquan dan Ayu, semoga bertemu di pintu Syurga nanti, Insyallah.



Petikan dari GUA“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.

“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu

No comments:

Post a Comment