Showing posts with label nikah. Show all posts
Showing posts with label nikah. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

Ella Sah Bergelar Isteri Azhar, Jurutebang Firefly

Ella selamat diijabkabulkan dengan Azhar selepas sembilan tahun berkenalan. 
KLANG: Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly, Azhar Ghazali, 30-an dengan sekali lafaz.

Saturday, June 30, 2012

Hantaran Bunga Segar Pernikahan Irma-Redza


Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang manis bersama pasangannya, Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, di Dewan Persidangan Putrajaya pada Jumaat lalu.

Akma Sah Bergelar Isteri Farih Hamshi


KUALA LUMPUR, 30 JUN 2012: Didahului dengan khutbah nikah, bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Akma kini sah menjadi isteri kepada eksekutif Petronas, Farih Hamshi.

Dengan sekali lafaz, pasangan mempelai yang mengenakan persalinan putih ini dinikahkan oleh bapa Akma sendiri iaitu Abdullah Abdul Rahim di Dewan Cempaka, Pusat Belia Antarabangsa, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras, tepat jam 10.35 pagi tadi.

Friday, June 29, 2012

Irma Hasmie & Redza Selamat Dinikahkan


Tepat jam 3.55 petang tadi, Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh bapa Irma Hasmie dengan mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di Dewan Persidangan Putrajaya dan Irma Hasmie telah diwalikan oleh bapanya dan 2 orang saksi.

Friday, April 6, 2012

Natasha Hudson Nikah di Masjid Wilayah


Pelakon dan penyanyi Natasha Hudson, 29 bakal menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan Khalid Kamal,33 pada 15 April ini di Masjid Wilayah, Jalan Duta sekitar jam 11 pagi.

Tarikh dan lokasi pernikahan ini disahkan sendiri oleh pelakon filem Chermin itu menerusi kiriman pesanan ringkas yang dilayangkan sebagai undangan ke majlis bermakna berkenaan.

Thursday, March 1, 2012

Elly Mazlein Nikah Duda Disember Depan


KUALA LUMPUR, 29 FEBRUARI 2012: Mengikat tali pertunangan bersama pengarah, Azmi Hata yang juga merupakan seorang duda anak dua, pada pertengahan tahun lalu, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein memilih Disember ini untuk diijabkabulkan.

Thursday, February 23, 2012

Ana Raffali dan Naim menanti detik pernikanan esok


BERGELAR raja sehari pastinya memberikan kenangan manis seumur hidup. Pengalaman sangat berharga ini bakal ditempuh penyanyi berbakat besar, Ana Raffali yang akan bernikah dengan pilihan hatinya, Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30.

Thursday, January 12, 2012

Ally Iskandar, Farah Lee nikah 20 Januari


Ally dan bakal isterinya akan berjauhan selepas dua bulan berkahwin kerana Farah akan menyambungkan pengajiannya di Korea Selatan

KUALA LUMPUR, 12 JANUARI 2011: Terpikat dengan keteguhan perinsip dan pendirian penuntut jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Farahin Romli atau Farah Lee, 22, yang menuntut di salah sebuah universiti di Korea Selatan, telah membuatkan pengacara terkenal, Ally Iskandar,36, memutuskan untuk berkahwin dengan gadis tersebut pada 20 Januari ini.

Fasha Sandha nikah di Thailand


FASHA menegaskan tidak akan merahsiakan kepada rakan-rakan media seandainya tiba masa buat dia dan Jejai mendirikan rumah tangga.

KISAH percintaan yang terjalin antara pelakon Fasha Sandha, 28, dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 35, sememangnya sudah pun diketahui peminat. Biarpun hubungan mereka ada pasang surutnya dan pernah putus sebelum ini, tetapi Fasha kini dikatakan sedang bahagia bersama kekasihnya.

Wednesday, January 11, 2012

Nasha Aziz Nikahi ‘Tuan Haji’ Dari Brunei


Wahh! Nasha Aziz sudah bernikah? Gosip liar yang tersebar di sebuah laman hiburan tempatan dan juga forum ini benar-benar menarik perhatian admin kakileaks.

Apa tidaknya, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba muncul cerita Nasha Aziz sudah bernikah dengan seorang ‘Tuan Haji’ yang berasal dari Brunei. Menurut khabar angin yang tersebar, suami Nasha Aziz adalah seorang duda dan mereka sudah berkahwin hampir 5-6 bulan yang lepas.

Friday, November 18, 2011

GEMBAR : Majlis pernikahan tertutup Lisa Surihani (2 GAMBAR)


Lisa Surihani dah kahwin? biar betul. Terjumpa gambar di bawah ni melalui satu laman web. Memang sungguh tak disangka, perkahwinan Lisa bukan sahaja menjadi bualan ketika itu. Malah Lisa juga mengenakan pakaian yang cukup kita banggakan, yakni bertudung.