Showing posts with label irma hasmie. Show all posts
Showing posts with label irma hasmie. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Irma Hasmie Gembira Ramai Artis Berhijrah


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie terharu apabila usaha mengumpulkan golongan artis untuk mendalami ilmu agama semakin mendapat sambutan apabila projek Usrah Fitrah yang diilhamkan oleh Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari mula menjadi sebutan.

Wednesday, July 25, 2012

Gambar Kahwin Pertama Suami Irma Hasmie Tersebar

Gambar perkahwinan pertama suami Irma Hasmie dengan wanita bernama Farah Diana
Suami Irma Hasmie sebelum nie pernah digossipkan berstatus duda.

Apabila ditanya kepada ibu Irma tentang status menantunya, ibunya menafikan.
Namun ada juga mengatakan bahawa dia tidak tahu dan hanya mahu Irma bahagia.

Sunday, July 22, 2012

Suami Berstatus Duda Bukan Masalah Buat Irma Hasmie


Isu mengenai status suami kepada pelakon Irma Hasmie, Redza Syah bahawa dia kononnya adalah seorang duda telah menimbulkan kontroversi di kalangan peminat seni hiburan tanah air. Namun, ia sedikit pun tidak mengecewakan hati pasangan yang baru saja bernikah pada 29 Jun lalu ini.

Malah, Irma Hasmie yang kini telah kembali aktif berlakon semula selepas berbulan madu di Australia telah bersedia menjawab persoalan tersebut menerusi kiriman SMS yang dihantar kepada salah seorang krew murai.com.my.

Saturday, June 30, 2012

Hantaran Bunga Segar Pernikahan Irma-Redza


Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang manis bersama pasangannya, Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, di Dewan Persidangan Putrajaya pada Jumaat lalu.

Friday, June 29, 2012

Irma Hasmie & Redza Selamat Dinikahkan


Tepat jam 3.55 petang tadi, Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh bapa Irma Hasmie dengan mas kahwin sebanyak 3 Dinar tunai. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di Dewan Persidangan Putrajaya dan Irma Hasmie telah diwalikan oleh bapanya dan 2 orang saksi.

Sunday, June 17, 2012

Irma Hasmie Nikah 29 Jun 2012, Kini Tunai Umrah


Kami suka dengar kisah percintaan Irma Hasmie ini, nampak teratur dan penuh keberkatan. Dan, beliau bakal berkahwin dengan pasangan pilihan pada 29 Jun 2012.

Saturday, March 24, 2012

Irma Hasmie Ikat Pertunangan Hingga Julai Ini (9 GAMBAR)


SUNGAI BULOH, 24 MAC 2012: Pelakon, Irma Hasmie selamat bertunang dengan ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumahnya yang terletak di Desa Coafiled, Sungai Buloh, sekitar jam 4.15 petang tadi.