Showing posts with label finas. Show all posts
Showing posts with label finas. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Lambakan Persatuan Artis Tidak Perlu - Shuhaimi Baba

Datin Paduka Shuhaimi Baba, Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM)
KUALA LUMPUR: Lambakan persatuan filem, artis dan karyawan di negara ini adalah sesuatu yang tidak perlu memandangkan industri tersebut tidak sebesar mana berbanding Hollywood, Bollywood dan Korea.

Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Datin Paduka Shuhaimi Baba sebaliknya berkata, apa yang lebih penting kini ialahperlu adanya lebih ramai pemimpin yang benar-benar komited terhadap tanggungjawab menguruskan persatuan yang dipimpinnya dengan baik.