Datin Paduka Shuhaimi Baba, Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) |
KUALA LUMPUR: Lambakan persatuan filem, artis dan karyawan di negara ini adalah sesuatu yang tidak perlu memandangkan industri tersebut tidak sebesar mana berbanding Hollywood, Bollywood dan Korea.
Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Datin Paduka Shuhaimi Baba sebaliknya berkata, apa yang lebih penting kini ialahperlu adanya lebih ramai pemimpin yang benar-benar komited terhadap tanggungjawab menguruskan persatuan yang dipimpinnya dengan baik.
"Apa yang kurang dalam konteks ini buat masa sekarang ialah ketiadaan barisan pemimpin yang benar-benar berkemampuan untuk menguruskan sesebuah persatuan. Aspek inilah yang harus kita perbaiki."
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam program "Dalam Radar" terbitan Bernama Radio24, baru-baru ini.
Suhaimi membuat penegasan itu sebagai mengulas lambakan persatuan-persatuan filem, artis dan karyawan tetapi dilihat tidak begitu berkesan dalam memperjuangkan nasib golongan sasar mereka.
Jelas beliau, soal banyak atau sedikit persatuan bukan perkara pokok tetapiapa yang lebih penting ialah kemampuan dan keberkesanan persatuan berkenaan memainkan peranan masing-masing.
"Banyak sikit itu adalah soal relatif. Tetapi apabila ada sedikit persatuan tetapi dengan pengkhususan yang betul, sudah pasti lebih mudah untuk merundingkan hal-hal yang berkaitan dengan apa yang ingin diperjuangkan," ujarnya lagi.
Di sebalik lambakan yang dimaksudkan itu, Mahadi bagaimanapun memuji beberapa persatuan seperti PFM dan Persatuan Pengarah Filem (PPF) yang dilihat mempamerkan fokus perjuangan dan pengurusan yang kemas.
No comments:
Post a Comment