Showing posts with label fauziah ghous. Show all posts
Showing posts with label fauziah ghous. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

Fouziah Gous Tak Kesah Dikaitkan Dengan VIP


PETALING JAYA: Fikiran pelakon Fouziah Gous tidak pernah runsing dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan yang sering mengaitkannya dengan individu berstatus VIP sejak kebelakangan ini.

Fouziah, 30, berkata, dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang orang ramai berbicara kisah peribadinya asalkan ia tidak keterlaluan ataupun melampaui batas.

Sunday, April 22, 2012

Fouziah Ghous Nafi Bakal Bertunang


PETALING JAYA: Pelakon popular, Fouziah Ghous menafikan bakal bertunang dengan kekasih yang masih dirahsiakan identitinya itu pada bulan Jun depan.

Fouziah dalam laporan akhbar Kosmo pada Isnin berkata, dia tidak pernah merancang untuk bertunang seperti yang didakwa dalam masa terdekat ini.

Monday, January 16, 2012

1.2 Juta Penonton Jadi Saksi Pembalasan "Karma"


Lebih 1.2 juta penonton menjadi saksi kepada ketentuan Tuhan terhadap sikap kejam Puan Sri Waheeda terhadap madunya Karmila menerusi dua episod kemuncak drama Karma yang disiarkan pada 9 dan 10 Januari yang lalu. Drama bersiri slot Ratu ini berakhir dengan hukum karma mengambil tempatnya - baik dibalas baik, jahat dibalas jahat.

Saturday, December 3, 2011

Fouziah Ghous sukar bawa watak isteri bermadu


Fouziah Ghous mahu jadi pelakon yang lakonannya mampu meninggalkan kesan kepada penonton.
PERNAH memegang watak dirasuk makhluk halus dalam filem Rasuk, kini pemilik nama Fouziah Gous ini sering dilihat kerap membawa watak isteri yang bermadu.

Sentiasa mahukan cabaran dalam setiap perkara yang dilakukannya, Fouziah akui, bukan mudah untuk membawakan watak isteri yang bermadu.

Saturday, October 8, 2011

Haramkan tayangan tahajjud cinta - aspek poligami memesongkan (Lihat Profile Nashiruddin Albani)


Tahajjud Cinta merupakan satu drama cinta islamik cinta tayangan TV3 yang diterbitkan oleh Erma Fatimah. Tahajjud cinta memang terdapat kebaikan dalam garapan cerita tersebut, seperti kita dapat lihat kecantikan muslimah berpurdah, keindahan bait bait islam yang sentiasa bertitip dibibir pelakonnya Eman Manan dan cara hidup islam ala-konvensional yang bersungguh-sungguh ditonjolkan oleh penerbit.