KUALA LUMPUR, 6 DISEMBER 2011: Bakal memasuki pasaran tempatan pada 16 Disember ini menerusi syarika telekomunikasi Maxis Berhad, kemunculan gajet terbaru daripada siri iPhone ciptaan Apple iaitu iPhone 4S nyata turut dinanti-nantikan kemunculannya oleh beberapa selebriti popular tempatan.
Meskipun masih belum boleh didapati di negara ini, namun kebanyakan mereka sudah mengetahui serba sedikit mengenai kecanggihan iPhone 4S yang diklasifikasikan sebagai telefon pintar paling hebat pernah dicipta dalam sejarah kewujudan iPhone.
Selain itu juga, iPhone 4S turut dilengkapi dengan kamera optic terkini bersaiz 8 megapixel, perakam video HD 1080p dan chip dual-core A5.
Portal murai.com.my telah berkesempatan mendapatkan pendapat serta maklum balas beberapa selebriti popular berkenaan kehadiran gajet pintar paling dinanti-nantikan ini.
Awal Ashaari - Aktor / Pengacara TV
"Sejak belajar di kolej lagi, saya sudah mula menggunakan kebanyakan produk Apple dan apabila iPhone buat pertama kali muncul, saya merupakan salah saorang daripada jutaan manusia di luar sana yang telah memiliki iPhone.
"Sudah pasti, dengan kehadiran iPhone 4S saya turut teruja untuk memilikinya, walaupun saya baru saja menukar kepada iPhone 4 pada awal tahun ini. Khabarnya ini adalah ciptaan terakhir Steve Job sebelum dia meninggal dunia.
"Apa yang tahu, iPhone 4S bukan saja memiliki ciri-ciri lebih canggih daripada siri sebelumnya, malahan juga saya tertarik dengan reka bentuknya yang lebih bergaya malah khabarnya pengguna boleh bercakap dengan iPhone 4S bagi memudahkan urusan tertentu. Bolehlah saya bernorak dengannya bila sunyi.
"Sebagai peminat gajet Apple dan iPhone, saya perlu memilikinya, walaupun bukan dalam masa terdekat ini kerana saya masih sayangkan iPhone 4 saya ini".
Amber Chia - Model & Pelakon
"Saya bukanlah peminat sebenar iPhone tapi teman saya di Hong Kong yang telah memiliki siri baru iPhone 4S sangat memuji kecanggihannya, Malah caranya itu seakan mempengaruhi saya untuk memilikinya tidak lama lagi.
"Saya dapat tahu, iPhone 4S akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat ini. Walaupun agak lewat jika mahu dibandingkan dengan negara lain, tapi saya percaya pasti ramai pengguna iPhone akan menanti-nantikan kemuculannya.
"Bagi saya, iPhone 4S bukan saja hadir dengan kepelbagaian teknologi terkini, malahan juga saya suka dengan rekaannya yang bergaya, kecil dan juga langsing".
Syaiful Baharim - Pereka Fesyen
"Sudah tentu saya akan menjadi antara individu pertama di Malaysia yang akan memiliki iPhone 4S. Kerana telefon ini bukan saja stylish malah kecanggihan tekonologi komunikasi yang ditawarkannya sangat memberangsangkan saya.
"Walau saya seorang pereka fesyen, tapi saya tetap mengikuti kecanggihan teknologi insan yang dapat memenuhi kehendak serta selera masyarakat .
"Bagi saya, iPhone 4S miliki segala-galanya dan saya tidak akan kedekut megeluarkan belanja untuk memilkinya. Kerana saya sedar untuk memiliki teknologi yang hebat dan canggih pada masa sekarang bukannya murah. Apatah lagi iPhone adalah pilihan yang sangat berbaloi".
Andrea Fonseka - Ratu Universe Malaysia 2004/Pengarah Miss Universe Malaysia Organisation
"Saya sangat teruja apabila iPhone 4S akan boleh didapati di Malaysia tidak lama lagi kerana saya adalah peminat sejati iPhone.
"Khabarnya terdapat banyak aplikasi terkini yang ada di dalam telefon pintar ini seperti panggilan suara secara percuma. Malah saya yakin, terdapat banyak lagi kelebihan yang perlu saya ketahui mengenai keluaran terbaru ini.
"Saya dapat tahu juga, iPhone 4S memiliki aplikasi untuk kemudahan trafik dan restoran. Cuma saya harapkan agar aplikasi itu sesuai untuk masyarakat kita di Malaysia.
"Tak hairan juga, iPhone 4S menawarkan perkhidmatan yang mesra pengguna dan saya harapkan ianya bukan saja dapat digunakan untuk kemudahan trafik atau restoran tapi kemudahan lain seperti membeli-belah, fesyen yang sememangnya menjadi kegemaran saya".