AKTOR Jang Geun Suk mengumumkan menutup akaun laman Twitternya, minggu lalu.
Dalam ‘tweet’ terakhirnya, Jang Geun Suk menulis: “Walaupun saya banyak belajar daripada Twitter melalui perbualan dengan peminat seluruh dunia, saya tidak dapat menerima penyelewengan. “Untuk itu, saya akan menutup akaun Twitter saya tepat tengah malam ini.
Jika anda mahu terus hubungi saya, datanglah ke aplikasi Jang Geun Suk.” Ramai peminat membalas dengan meminta Jang Geun Suk supaya tidak menutup akaun itu. Malah ada yang terus bertanya kenapa? “Ramai bertanya kenapa saya mahu berhenti ‘tweet’, ada yang meminta supaya saya tidak kalah pada komen negatif dan tabah. Tapi sebab sebenar ialah bateri telefon bimbit saya sering habis cepat. Telefon bimbit saya cepat ‘lapar’ dan begitu juga saya,” balasnya.