Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, keselamatan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia, yang mengorbankan seorang petugas media Malaysia pada Jumaat lalu, dikawal sepenuhnya oleh pasukan bersenjata negara berkenaan.
Pasukan berkenaan merupakan anggota polis dan tentera Somalia dan bukan pasukan bersenjata upahan, katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.
Abdul Azeez (kanan), yang mengetuai misi berkenaan, menjelaskan bahawa beliau juga telah mematuhi sepenuhnya arahan serta prosedur operasi standard yang ditetapkan Somalia.
Beliau juga mematuhi nasihat yang diberikan pasukan berkenaan bahawa anggota misi berkenaan tidak perlu memakai jaket kalis peluru.
Selain itu, anggota misi berkenaan ditetapkan supaya sering menukar kenderaan dan tidak meletakkan sebarang tanda di kenderaan berkenaan supaya tidak dikenalpasti sebagai sasaran serangan, kata Abdul Azeez lagi.
Beliau juga tegas menafikan bahawa kawalan pasukan bersenjata berkenaan menyebabkan konvoi tersebut menjadi sasaran.
Ketika ditanya, Abdul Azeez berkata misi bantuan oleh pasukan lain, termasuk Mercy Malaysia juga dikawal pasukan bersenjata.
Bagaimanapun, Abdul Azeez tetap mempertahankan bahawa konvoi berkenaan tidak diserang manakala petugas media berkenaan, Noramfaizul Mohd Nor terkorban akibat "peluru sesat."
Ditanya mengenai tempoh masa yang singkat untuk membuat persediaan sebelum pasukan misi itu berlepas pada 28 Ogos lalu, Abdul Azeez berkata perkara itu merupakan satu perkara biasa.
"Itu agak normal. Begitulah cara kita buat kerja. Bila kita hendak pergi, barulah kita beritahu kepada media," katanya.
Tambahnya, tindakan perlu dilakukan dengan cepat kerana bantuan makanan dan perubatan perlu disegerakan ke kawasan yang dilanda kebuluran itu.

No comments:
Post a Comment