BERTUAH orang kampung di Alor Setar, Kedah apabila dapat beraya dengan pasangan artis popular sedang hangat bercinta. Siapa lagi kalau bukan Farid Kamil dan Diana Danielle.
Menurut cerita, Diana dan ibunya turun ke kampung buah hati juga aktor terkenal Farid Kamil minggu lalu.
Kebetulan dalam waktu sama, pengarah filem Kongsi itu sedang mengadakan rumah terbuka.
Heboh orang kampung menghubungi teman SS bercerita mengenai keseronokan mereka dapat beraya dan bersalaman dengan Diana Danielle. Bukan itu saja kata mereka, Diana tidak sombong dan cukup ramah. Hampir semua tetamu yang datang dia layan.
Wah! dari cara cerita peminat ini, nampak gayanya tidak lama lagilah jawabnya untuk pasangan ini mendirikan rumah tangga. Bagusnya Diana apabila langsung tidak kekok untuk bercampur dengan keluarga Farid. Maknanya keserasian itu sudah ada jadi kalau hendak berkahwin pun mudah.
Selama ini pun Farid dan Diana tidak pernah menyembunyikan hubungan mereka.
Kalau ada yang bertanya pasti mereka menjawab, cuma ada ketika mereka tidak mahu ia terlalu diperbesar-besarkan kerana bimbang kelak ada yang menyampah.
Bagi SS, kalau sudah kedua-dua keluarga bersetuju, tidak perlulah tunggu lagi.
Kerjaya kedua-dua bintang ini pun sudah stabil sangat-sangat. Ibaratnya, kalau hendak membina keluarga sendiri tidak susah.
Sekarang ini SS tunggu balasan kunjungan dari Farid pula. Agak-agak bila pula
Farid hendak bertungkus-lumus melayan peminat di majlis rumah terbuka Diana.

No comments:
Post a Comment