PERTAMA kali digandingkan pada sesi fotografi di perkampungan negeri di Menara Kuala Lumpur membuatkan Hazama dan Iqa (Mentor) begitu teruja bercerita tentang lebaran.
Hazama dan Ika yang baru sahaja menamatkan program realiti popular Akademi Fantasia 9(AF9) dan Mentor 5 mengakui perayaan kali ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Namun dalam keterujaan tersebut mereka memilih beraya dalam kesederhanaan. Bukan tidak mampu beraya sakan tapi tidak mahu ia berlebih-lebihan.
Hazama mahu rai peminat
Dipilih sebagai juara Akademi Fantasia musim ke-9, Hazama Ahmad Azmi, 26, merancang untuk membuat majlis rumah terbuka bagi meraikan peminatnya pada akhir Syawal ini.
Katanya, inilah masa yang paling sesuai untuk dia meraikan mereka yang telah banyak membantu dan memberi sokongan kepadanya ketika berada di AF9.
"Saya sudah merancang dengan keluarga untuk adakan rumah terbuka selepas kami pulang beraya di Kuala Lumpur nanti. Mungkin pada hari-hari terakhir bulan Syawal nanti. Inilah masa yang tepat untuk berterima kasih kepada peminat-peminat yang menyokong saya selama ini. Lagi pula secara tidak langsung saya dapat mengeratkan lagi hubungan mereka" katanya.
Jadual seni yang sentiasa sibuk menjadi kekangan kepada Hazama untuk mengenal lebih dekat peminat-peminatnya. Walaupun sering menghadiri majlis berbuka puasa bersama peminat, ia tidak sama seperti mengeluarkan duit hasil titik peluhnya sendiri.
"Sepanjang bulan Ramadan, memang banyak jemputan berbuka puasa bersama peminat tapi tidak sama dengan majlis yang dianjurkan menggunakan duit saya sendiri" katanya.
Bercerita tentang Hari Raya, Hazama berkata seminggu sebelum Ramadan berakhir dia membeli beberapa helai baju Hari Raya untuk keluarga.
"Sejak berumur 21 tahun lagi saya sudah membantu keluarga terutamanya menyediakan barangan keperluan Hari raya. Kebiasaannya kami adik beradik akan sama-sama berkongsi menyediakan kuih muih dan baju raya untuk ibu dan ayah" katanya.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Hazama berkata dia dan keluarga balik beraya di Ipoh, Perak selama empat hari sebelum kembali beraya di Kuala Lumpur.
Iqa (Mentor) terharu terima kad Hari Raya
Pertama kali menyambut Syawal sebagai artis, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Iqa (Mentor) mengakui terharu apabila menerima kad raya daripada peminat-peminatnya.
"Saya terima banyak kad raya daripada peminat dari Sabah, Sarawak, dan Johor, bukan sahaja kad Hari Raya malah mereka beri duit raya, kerongsang dan hadiah sekali. Saya sangat terharu kerana ini pertama kali saya terima kad raya dan hadiah daripada peminat" katanya.
Menurut Iqa, untuk tidak menghampakan peminatnya, dia turut membalas kad Hari Raya tersebut sebagai tanda terima kasih.Bercerita tentang raya, Iqa mengakui sambutannya pada tahun ini sedikit suram kerana terpaksa beraya di Bukit Jelutong, Shah Alam.
"Biasanya kami beraya di Ulu Tiram, Johor tapi selepas nenek meninggal dunia dua tahun lalu kami sekeluarga hanya beraya di Shah Alam sahaja. Memang banyak kelainan beraya di kampung berbanding di bandar. Sudah tentu kampung lebih meriah dengan kehadiran sanak saudara dan jiran-jiran" katanya.
Selain itu, kata Iqa, raya kali ini berbeza apabila giliran dia untuk mengeluarkan duit raya kepada keluarga dan sanak saudara.
Hazama dan Ika yang baru sahaja menamatkan program realiti popular Akademi Fantasia 9(AF9) dan Mentor 5 mengakui perayaan kali ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Namun dalam keterujaan tersebut mereka memilih beraya dalam kesederhanaan. Bukan tidak mampu beraya sakan tapi tidak mahu ia berlebih-lebihan.
Hazama mahu rai peminat
Dipilih sebagai juara Akademi Fantasia musim ke-9, Hazama Ahmad Azmi, 26, merancang untuk membuat majlis rumah terbuka bagi meraikan peminatnya pada akhir Syawal ini.
Katanya, inilah masa yang paling sesuai untuk dia meraikan mereka yang telah banyak membantu dan memberi sokongan kepadanya ketika berada di AF9.
Jadual seni yang sentiasa sibuk menjadi kekangan kepada Hazama untuk mengenal lebih dekat peminat-peminatnya. Walaupun sering menghadiri majlis berbuka puasa bersama peminat, ia tidak sama seperti mengeluarkan duit hasil titik peluhnya sendiri.
"Sepanjang bulan Ramadan, memang banyak jemputan berbuka puasa bersama peminat tapi tidak sama dengan majlis yang dianjurkan menggunakan duit saya sendiri" katanya.
Bercerita tentang Hari Raya, Hazama berkata seminggu sebelum Ramadan berakhir dia membeli beberapa helai baju Hari Raya untuk keluarga.
"Sejak berumur 21 tahun lagi saya sudah membantu keluarga terutamanya menyediakan barangan keperluan Hari raya. Kebiasaannya kami adik beradik akan sama-sama berkongsi menyediakan kuih muih dan baju raya untuk ibu dan ayah" katanya.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Hazama berkata dia dan keluarga balik beraya di Ipoh, Perak selama empat hari sebelum kembali beraya di Kuala Lumpur.
Iqa (Mentor) terharu terima kad Hari Raya
Pertama kali menyambut Syawal sebagai artis, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Iqa (Mentor) mengakui terharu apabila menerima kad raya daripada peminat-peminatnya.
"Saya terima banyak kad raya daripada peminat dari Sabah, Sarawak, dan Johor, bukan sahaja kad Hari Raya malah mereka beri duit raya, kerongsang dan hadiah sekali. Saya sangat terharu kerana ini pertama kali saya terima kad raya dan hadiah daripada peminat" katanya.
Menurut Iqa, untuk tidak menghampakan peminatnya, dia turut membalas kad Hari Raya tersebut sebagai tanda terima kasih.Bercerita tentang raya, Iqa mengakui sambutannya pada tahun ini sedikit suram kerana terpaksa beraya di Bukit Jelutong, Shah Alam.
"Biasanya kami beraya di Ulu Tiram, Johor tapi selepas nenek meninggal dunia dua tahun lalu kami sekeluarga hanya beraya di Shah Alam sahaja. Memang banyak kelainan beraya di kampung berbanding di bandar. Sudah tentu kampung lebih meriah dengan kehadiran sanak saudara dan jiran-jiran" katanya.
Selain itu, kata Iqa, raya kali ini berbeza apabila giliran dia untuk mengeluarkan duit raya kepada keluarga dan sanak saudara.
No comments:
Post a Comment