Antara paparan hangat Melodi Ahad lalu adalah isu perang mulut Azwan Ali dan bekas rakan pengacaranya dalam program 'Tiada Lama Tiada Baharu', Didie Alias di Twitter. Buat mereka yang belum sempat menonton episod tersebut, anda boleh menyaksikannya di sini.
Semuanya tercetus pada 18 Ogos lepas apabila Azwan menulis di Twitternya,
"Slm. Ter tengok Satu Game show kat TV? Kenapa 2 hos dah macam 2 ekor chimpazi ter lepas ? Kesiannnn sungguh production itew"
"Slm. 2 chimpazi di TV ! Sekor yg tak larat tu? Boleh maaf lagi ! Sekor yg dok mengawan konon Top? Padan ler ter kinja hilang etika"
Didie kemudiannya membalas dengan
"Don't try me manusia yg tengah elok dibulan mulia jgn dipanaskan,mak bapak aku manusia yg melahirkan bkn binatang,plz note that tq"
"Salam subuh kpd all my follower,ari nie mak hayam terbaca ade cer panas,alhamdullilah,mudah2an tuhan balas di tanah suci amin"
'Back and forth' Azwan dan Didie bertikam lidah di hadapan pengikut Twitter mereka. Persengketaan di antara kedua-dua pengacara terkenal ini tidak menampakkan penghujungnya meskipun ketika Azwan ditemubual wartawan Melodi.
Namun begitu, perasaan amarah Azwan nampaknya sudah reda sepenuhnya apabila sempat meminta maaf kepada Didie sebelum keberangkatannya ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 21 Ogos lepas.
Kata Azwan, "Saya memohon jutaan maaf buat kesekian kalinya kepada rakan-rakan media, kesemua artis termasuk Didie Alias dan semua yang tidak akan memaafkan saya."
Rakaman 10 minit itu turut melihat Ajami bertanyakan soalan yang kerap bermain di fikiran ramai - walaupun sudah beberapa kali mengerjakan umrah tetapi tiada perubahan ketara yang kelihatan pada diri Azwan.
Penjelasan Azwan: "Saya dah banyak berubah tapi orang tak berapa nampak. Tapi dalam keadaan sekarang, dan sampai satu peringkat, Azwan dah 'surrender'...'surrender' apa org nak cakap.
"Untuk kali ketiga kita tengok. Dah pergi 2 kali Tuhan terus menguji Azwan Ali. Saya ambil iktibar n harap pemergian kali ketiga, there's a 'miracle', keajaiban ... kebesaran Allah yg akan merubah segalanya.
"Tapi kita tengok je lah, mungkin saya tetap macam ni, seorang yang kecoh, bising tapi ... udah-udahlah tu Azwan Ali, minta-mintalah, doakanlah kali ketiga Azwan Ali balik memang jauh berubah."
Sempena bulan Syawal, bulan kemaafan dan keampunan ini, GUA pun sama-sama mendoakan umrah kali ketiga ini benar-benar akan menghasilkan satu keajaiban buat diri Azwan.
Dan mengambil kesempatan ini juga, GUA ingin memohon ampun dan maaf buat semua pelayar GUA jika ada tersalah atau tersilap kata. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan tak lupa juga Selamat Hari Merdeka!
No comments:
Post a Comment