Thursday, September 1, 2011

Fedtri Yahya Gementar Beraya Dengan Keluarga Isteri


PETALING JAYA: Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya mengaku agak gementar kerana pertama kali pulang beraya dengan keluarga mertua di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.



Menurut Fedtri, ini merupakan kali pertama dia menyambut hari Raya bersama keluarga orang lain iaitu sebelah isterinya.

"Tahun ini merupakan tahun pertama saya bercuti pada Hari Raya setelah lebih lapan tahun saya bekerja di TV3.

"Saya akan beraya di Kelantan terlebih dahulu sebelum pulang beraya di kampung saya di Perak. Perasaan sedikit gementar kerana tidak tahu bagaimana sambutan Hari Raya di tempat isteri saya," katanya.

Tambah Fedtri, pada asalnya dia merancang untuk beraya di Perak, namun selepas kejadian isterinya keguguran bulan lalu, dia mengambil keputusan untuk beraya di kampung isterinya.

"Isteri saya masih sedih dengan peristiwa itu, jadi saya ambil keputusan untuk balik beraya di Kelantan bagi menggembirakan hatinya,

"Tentang baju raya kali ini saya hanya pakai baju-baju yang orang hadiahkan ketika majlis perkahwinan lalu yang masih belum dipakai," katanya.

No comments:

Post a Comment