Desas desus perkahwinan pelakon, Faezah Elai ini telah kita dengar sejak awal tahun lalu dan janjinya memang Faezah Elai berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan tahun ini setelah lebih setahun berkenalan dengan jejaka misteri.
Jejaka misteri yang dimaksudkan masih bermain dalam fikiran Limau, siapa agaknya jejaka tersebut. Faezah Elai sendiri tidak mahu mendedahkan hubungannya dengan jejaka yang telah menambat hati nya kerana risau perancangan tidak jadi pulak nanti.
Dalam usia yang mencecah 30-an pastinya Faezah Elai tidak mahu menunggu lebih lama, justeri Faezah Elai akan terus bernikah dan majlis pertunangan tidak akan diadakan.
Tetapi dalam pada itu kami sudah boleh mengagak siapa bakal suami Faezah Elai apabila melihat beberapa kali mereka keluar bersama dan terserempak dengan mereka. Mungkinkah bakal suami Faezah Elai ialah Heykal Hanifah, pengarah drama Asmara?
Berdasarkan apa yang dikatakan Faezah Elai memang menepati beberapa kriteria pada Heykal
“
Insya-Allah saya akan bernikah pada hari Jumaat 9 September depan dengan seorang ahli perniagaan bernama Muhammad,” kata Faezah.
Faezah juga memberikan gambaran yang lelaki yang bakal menjadi suaminya nanti terlibat dalam perniagaan yang melibatkan penggambaran drama dan filem dan berasal dari Utara juga.“Saya jatuh cinta dengannya sebab dia faham karier dan jiwa saya. Dia orangnya simple, merendah diri, sangat kelakar dan mengambil berat. Kulitya kuning langsat dan ada misai sikit,” Faezah meneruskan gambaran lelaki yang mahu menjadi suaminya.
Heykal juga memiliki misai sebagaimana yang digambarkan dan berkulit sedikit gelap. Namun sehingga hari ini Faezah belum lagi menghantar kad undangan kepada media. Penjelasan tersebut menguatkan tanggapan yang Heykal lah orang yang dimaksudkan, namun dia sendiri enggan membuka mulut. Tunggu sahaja hari bahagia pelakon Faezah Elai ini nanti.
No comments:
Post a Comment