Monday, August 15, 2011

Lisa Surihani dan Yusry rancang untuk berkahwin pada 2012


Sebelum ini terdapat pelbagai desas-desus yang mengatakan pelakon jelita Lisa surihani dan Yusry Abdul Halim bercinta selepas dilihat sering bersama pergi menonton wayang dan pelbagai tempat lain.



Namun baru-baru ini mereka telah pun mengaku bahawa mereka semangnya bercinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Pengumuman mereka ini memberikan kejutan kepada peminat mereka yang sebelum ini tertanya-tanya siapakah jejaka bertuah yang dapat memikat hati artis jelita Lisa Surihani.

Sebelum ini Yusry pernah digosipkan dengan Maya Karin dan Kilafairy sebelum keluarnya cerita yang mengaitkan beliau dan Lisa Surihani pada bulan april lalu apabila dilihat bersama pergi menonton wayang.

Gosip yang menjadi perbualan peminat pada april lalu:

Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu. Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta.

OH! ARTIS: ACTUALLY, KAMI AWAL-AWAL LAGI DAH DAPAT HIDU HUBUNGAN MEREKA BERDUA NI SEMASA MAJLIS TAYANGAN PERDANA KEPADA MEDIA, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. KETIKA ITU DAPAT DILIHAT LISA SURIHANI DATANG KE MAJLIS TERSEBUT WALAU FILEM TERSEBUT (MAHUPUN SEBARANG FILEM KRU BUAT MASAI NI) TIADA KAITAN DENGANNYA. KEMESRAANNYA BERSAMA YUSRY JUGA DAPAT DILIHAT KETIKA ITU.

No comments:

Post a Comment