Showing posts with label kim kardashian. Show all posts
Showing posts with label kim kardashian. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Kim Kardashian Minta Syarikat Pengilat Kuku Bayar Upah Sama Rata Kepada Ibu & Adik-Beradiknya!


Meskipun dia adalah tumpuan diantara semua ‘Kardashian’, Kim Kardashian membuktikan bahawa dia adalah seorang yang berhati murni dan bukanlah seorang yang tamak apabila meminta syarikat pengilat kuku, OPI membayar amaun yang sama seperti dirinya kepada ibu dan adik-beradiknya yang lain.

Kim, Kourtney, Khloe bersama dua adik tirinya, Kendall dan Kylie serta ibu mereka, Kris Jenner telah dilantik sebagai jurucakap OPI pada Mac lalu untuk rangkaian pengilat kuku yang menampilkan pilihan warna mereka.