Wednesday, December 7, 2011

Kim Kardashian Minta Syarikat Pengilat Kuku Bayar Upah Sama Rata Kepada Ibu & Adik-Beradiknya!


Meskipun dia adalah tumpuan diantara semua ‘Kardashian’, Kim Kardashian membuktikan bahawa dia adalah seorang yang berhati murni dan bukanlah seorang yang tamak apabila meminta syarikat pengilat kuku, OPI membayar amaun yang sama seperti dirinya kepada ibu dan adik-beradiknya yang lain.

Kim, Kourtney, Khloe bersama dua adik tirinya, Kendall dan Kylie serta ibu mereka, Kris Jenner telah dilantik sebagai jurucakap OPI pada Mac lalu untuk rangkaian pengilat kuku yang menampilkan pilihan warna mereka.

Menurut TMZ, syarikat pengilat kuku terbesar itu bersetuju membayar wang pendahuluan kepada keluarga bintang realiti itu sebanyak USD 600,000 dan berjanji akan memberi mereka royalti daripada keuntungan jualan pengilat kuku berkenaan. Daripada kontrak perjanjian tersebut, Kim membahagikan hasil wang pendahuluan tersebut sama rata kepada lima ahli keluarganya itu, di mana setiap seorang memperolehi USD100,000.

Selain itu juga, perjanjian bayaran turut menyebut bahawa setiap bayaran kepada setiap bintang realiti tersebut perlulah disalurkan terus ke akaun syraikat masing-masing memandangkan setiap dari mereka memiliki akaun kebajikan seperti Khloemoney Inc. dan 2Die4Kourt inc.

Koleksi pengilat kuku berinspirasikan percutian dan bertemakan ‘Kardashian Kolor’, menampilkan 14 jenis warna yang setiap satunya menggunakan nama setiap enam orang figura siri ‘Keepin’ Up with the Kardashian’ ini. Antaranya seperti, ‘Kim-pletely in Love’, ‘All Kendall-ed Up’, ‘Wear Something Spar-Kylie, ‘Seal with a Kris’, ‘Khloe Had a Little Lam-Lam’ dan ‘Hard Kourt Fashionista’.