KUALA LUMPUR – Pelakon yang semakin meningkat naik, Izara Aishah, 20, hari ini diumumkan menjadi duta kepada rangkaian produk penjagaan peribadi, Secret Garden.
Ditanya mengapa dia bersetuju untuk menjadi duta kepada produk berkenaan, Izara yang semamangnya bijak menutur kata mempunyai alasan yang tersendiri.
“Saya tidak pernah menjadi duta kepada mana-mana produk penjagaan diri, jadi ini adalah peluang saya untuk mencuba sesuatu yang baru.
“Malah ia juga satu permulaan yang baik untuk diri saya kerana seperti yang kita tahu Secret Garden bukan sebarang jenama, ia mempunyai pengguna yang ramai,” katanya semasa ditemubual pada Majlis Pelancaran Produk Baru Secret Garden, di Passion Road di sini hari ini.
“Sepanjang tempoh satu tahun saya bersama Secret Garden ini, saya akan cuba mengikuti apa saja promosi yang mereka lakukan.
“Saya teruju untuk mewakili produk yang telah saya guna sejak dulu lagi,” katanya.
Izara dilantik sebagai duta Secret Garden bermula 1 September lalu sehingga 31 Ogos tahun hadapan.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini anda boleh ke laman rasmi Secret Garden di www.secretgarden.com.my
No comments:
Post a Comment