Thursday, September 6, 2012

Polis Kesal Amanda Fong Ragu Siasatan Polis (VIDEO)

Amanda Fong dengan Lily Yeoh ibunya pada sidang akhbar itu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kesal dengan sikap Amanda Fong yang mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa polis tidak bersungguh-sungguh dalam menangani kesnnya.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan pihak PDRM berikutan sikap kurang sensitif wanita itu;

Pihak polis kesal dengan kenyataan Amanda Foo yang menyatakan pihak polis memandang ringan dan tidak menyiasat kesnya.

Siasatan kesnya telah selesai dan pihak polis sedang menunggu keputusan daripada Timbalan Pendakwaraya. Pihak polis berharap beliau akan memberi kerjasama dan bukan memberi kenyataan yang tidak benar kepada umum mengenai kesnya.

Polis Perak akan memberi kenyataan mengenai kes ini dalam masa terdekat.

Nampaknya sikap Amanda yang agak keterlaluan menyebabkan masyarakat kini mula sangsi dengan pendedahan yang dibuatnya sebelum ini.

Mungkin bukan suaminya yang 100 peratus bersalah.


Kisah Amanda disiarkan Mynewshub  pada 3 Sepetember lalu  yang memaparkan klip video memperlihatkan wanita itu bertengkar dengan suaminya, Calven Chik.

Sejak itu, berita Mynewshub berkenaan Amanda itu dikongsi 11,400 pengguna Facebook.

Selain itu, video berkenaan juga menjadi viral di media sosial yang lain.


No comments:

Post a Comment