Thursday, September 13, 2012

10 Petua Mudah Mengajar Anak Berbahasa Inggeris



1. Anda boleh mengajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris sejak mereka di dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau suka lagu-lagu nasyid, terdapat banyak lagu-lagu nasyid masa kini yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.


2. Apabila anak sudah lahir, teruskan berbual dengan anak anda di dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknany, seorang perlu bercakap dalam bahasa Inggeris dan lagi seorang bercakap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Jadi, anak anda nanti akan mahir dalam dalam menguasai kedua-dua bahasa, Insya-Allah. 

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain-lain untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar. 

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit. Belajar kembali bahasa Inggeris untuk diajar kepada anak-anak anda. Tidak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh merujuk buku dan lain-lain sumber untuk menagajar. 

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan-permainan jenis kad imbas yang menarik untuk mengajar mereka. 

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda di khalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan apabila masuk ke sekolah nanti insya-Allah mereka tidak mempunyai masalah menggunakan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. 

7. Ingat bahawa apabila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat. 

8. Jika ada yang anda tidak faham, jangan segan bertanya kepada orang lain. 

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang memaparkan banyak gambar untuk anak-anak anda.

10. Rajin-rajinlah membacakan buku cerita kepada anak anda. Pupukkan sikap suka membaca bahan-bahan bacaan di dalam bahasa Inggeris kepada mereka. 

No comments:

Post a Comment