Wednesday, September 12, 2012

Rumah Terbuka Lisa Surihani, Yusri Sabtu 15 Sept 2012


Sambutan Aidilfitri masih lagi hangat dirasai walaupun telah berada di penghujung bulan Syawal. Undangan ke rumah-rumah terbuka tidak putus-putus, sehinggakan ada antara undangan yang tidak dapat dipenuhi.

Sana-sini orang sibuk dengan jamuan rumah terbuka. Pada hujung minggu ini juga selebriti jelita Malaysia iaitu Lisa Surihani, tidak terlepas mengadakan rumah terbuka aidilfitri dirumahnya.

Para peminat di jemput hadir ke rumah terbuka Lisa Surihani pada 15 September 2012 (Sabtu) bermula 6 petang bertempat di kawasan kediaman elit Country Height Resort, Kajang, Selangor.

Rumah baharu Lisa dan Yusry berkonsepkan gaya Inggeris dan mengambil masa selama 10 bulan untuk disiapkan. Yusry sendiri terlibat secara total dalam proses pembikinannya kerana dia yang mereka bentuk rumah tersebut. Tidak hanya reka bentuk rumah, malah dia juga terlibat dalam pemilihan bahan-bahan untuk rekaan dalaman rumah dua tingkat yang mempunyai enam bilik itu.

Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang dekat sini.

Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin.




“Rumah itu mula dibina pada bulan November tahun lepas sebelum kami berkahwin. Ketika itu saya dan Lisa baru merancang mahu berkahwin. Bila saya beritahu fasal rumah padanya, dia tidak mahu tahu sangat mungkin dia fikir masa itu kami belum ada ikatan yang sah.



No comments:

Post a Comment