Monday, August 13, 2012

Yusof Haslam tegur Neelofa ‘Jangan Lupa Diri’


Sekali lagi Neelofa dihambat kontroversi, Terbaru melalui Berita Harian semalam, Datuk Yusof Haslam telah meluahkan rasa kurang senangnya terhadap Neelofa gara-gara sikap Neelofa yang tidak mahu memberikan kerjasama dalam rangka promosi filem terbaru lakonan Neelofa ‘Saya Amat Mencintaimu’ (S.A.M) terbitan Skop Production yang akan ditayangkan pada 16 Ogos ini.

Melalui Berita Minggu semalam, Yusof Haslam bukan sahaja marah tetapi kecewa dengan sikap Neelofa yang baru setahun jagung jadi artis, tapi sikapnya mengalahkan bintang filem. Malah apa yang menyedihkan, pihak Skop Production yang cuba menghubungi Neelofa melalui Panggilan telefon dan SMS juga tidak di layan sehingga menyusahkan mereka untuk berkomunikasi dengannya..

Yusof Haslam turut menegur Neelofa supaya jangan lupa diri setelah popular walaupun watak dalam filem S.A.M merupakan watak kecil.

Menurut laporan itu juga, Neelofa dikatakan enggan turut serta mempromosikan filem terbabit kerana dia hanya memegang peranan kecil sahaja dalam filem arahan pengarah termuda negara, Syafiq Yusof itu.

Pengurus Neelofa, Amir meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berikutan tersebarnya kenyataan Datuk Yusof Haslam menegur Neelofa supaya ‘Jangan Lupa Diri’.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” (Sinar Harian)

1 comment: