Monday, August 13, 2012

Ibu Hans Issac Meninggal Dunia di Ampang


Industri seni baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian ibu kepada pelakon dan pengarah Hans Isaac, Carmina Anciano Isaac, 74, yang telah meninggal dunia kira-kira jam 8.35 pagi tadi, di rumahnya yang terletak di Taman Tun Abdul Razak, Ampang.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh Pengurus Hans Issac, Sue Hussin, Menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi. Menurut Sue yang mewakili Hans Issac, jenazah mendiang akan dibawa ke gereja St. John, Bukit Nenas pada hari Rabu, jam 10.30 pagi bagi penghormatan terakhir.

Kemudian upacara pembakaran jenazah akan dibuat di krematirium dan upacara menabur abu akan dilaksanakan pada hari Khamis ini.

Ibu Hans sudah 2 tahun menderita akibat penyakit barah di tahap empat dan tinggal bersama Hans. Takziah daripada murai.com.my untuk Hans sekeluarga.

No comments:

Post a Comment