Monday, August 13, 2012

Shahir buat perangai lagi dan bakal di saman


SABTU lalu, Joyah berkesempatan ke majlis berbuka puasa anjuran sebuah jenama tudung di Shah Alam, Selangor. Penganjur cakap pada Joyah yang Shahir AF8 akan buat persembahan malam itu. Berapi-api penganjur cakap pada Joyah yang Shahir akan datang dan buat persembahan. Tapi Joyah tak percaya sebab dah banyak kali Shahir buat perangai gagal dihubungi saat-saat akhir. Telefon tak angkat, SMS tak berjawab bila penganjur yang pernah block job dia sebelum ini. Ramai yang merungut.

Perangai menyusahkan penganjur saat-saat akhir itu rupanya belum berakhir. Shahir masih tegar mengekalkan perangainya bila penganjur gagal hubungi dia beberapa jam sebelum mengadakan persembahan.

Joyah senyum saja bila penganjur beritahu Joyah yang Shahir tak datang dan digantikan dengan penyanyi lain. Joyah dengan kepohnya beritahu penganjur: “Hah, ini bukan kali pertama Shahir buat hal. Dah banyak kali. Dia memang ada masalah dengan diri sendiri. Entahlah apa nak jadi dengan budak tu."

Joyah bukan nak sembur sangat pada Shahir tapi tertanya-tanyalah kenapa Shahir tak serik-serik buat hal. Tak cukup ke sekali awak buat hal, takkan tak ada kesedaran. Awak bukannya budak kecil yang perlu kena pukul, baru nak buat kerja.

Joyah tahu minat Shahir kini lebih kepada urusan keagamaan dan penyucian jiwa, tapi begitukah sikap orang yang kuat agama iaitu apabila berjanji Shahir mungkir? Joyah sedihlah kalau Shahir tetap meneruskan tradisi ‘janji kosong’ tu.

Memanglah sekarang Shahir ada ramai peminat, tapi jangan lupa yang peminat sekarang ni boleh berubah minatnya. Macam lalang juga, sekali ditiup angin pasti terbang. Joyah dapat rasakan juga, sekarang ini lagu terbaru Shahir, Kini Kembali yang sibuk dipromosikan Astro itu dah tak ada apa-apa makna buat Joyah. Lagu itu semacam tak sampai pada jiwa Joyah berbanding lagu-lagu Shahir sebelum ini. Joyah pun tahu ada segelintir peminat Shahir yang sama rasa dengan Joyah. Joyah minta maaf sangat-sangat Shahir.

No comments:

Post a Comment