Wednesday, August 1, 2012

Shahrizal Jaszle 'Hilang' Bukan Sebab Merajuk


Agak lama rasanya khabar mengenai pelakon kacak, Shahrizal Jaszle tidak menjengah ke pengetahuan peminat dunia hiburan tanahair. Terbaru, dikhabarkan Shahrizal sudah pun merisik bakal tunangnya, Redzwani Putri. Setelah agak lama menyepi dari pandangan orang ramai, rupanya ada cerita di sebalik kehilangan itu.

" Saya bukannya merajuk atau hilang. Ada sahaja dalam industri cuma saya agak sibuk dengan pengambaran akhir-akhir ini. Saya juga sedang cari ilham untuk mengarahkan filem saya sendiri. Saya sendiri rancang untuk sambung belajar selepas ini ", ujar Shahrizal.

" Mungkin ramai yang tak tahu saya memang punyai minat terhadap pengarahan filem. Saya ada rancang untuk ambil short course dalam pembikinan filem. Selain itu, saya dalam proses uruskan segala hal berkaitan pertunangan saya yang insya-Allah, berlangsung hujung tahun ini ", ujar teraju utama filem Azura 2012 ini.

Shahrizal ditemui ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Kita Punya Raya HotFm dan TV9. Raya ini, Shahrizal akan memeriahkan kaca televisyen anda menerusi drama Raya Tanpa Wayar bersama-sama Fiza Halim, Jalil Hamid dan Ruminah Sidek 1 Syawal nanti hanya di saluran TV9 Di Hatiku.

GUA turut bertanyakan perkembangan kisah cintanya bersama gadis berusia 25 tahun tersebut. Mengakui perhubungan yang terjalin atas dasar kawan rapat itu semakin baik, Shahrizal sebenarnya sudah bersedia mendirikan rumah tangga.

" Kalai ikutkan perancangan kami, memang nak kahwin juga tahun ini. Cumanya, keluarga dia nak kami ikut adat seperti merisik dan bertunang sebab dia anak bongsu. Mak dia dengan mak saya rapat jadi tak ada masalah untuk kami berkomunikasi bab-bab sebegini ", jelas Shahrizal yang juga akan muncul dalam slot Lestari di TV3 tidak lama lagi.

Melihatkan badan Shahrizal yang kelihatan sedikit berisi berbanding sebelum ini, jejaka ini mengakui sedang gembira dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya.

" Sekarang keluarga saya memang suruh saya selesaikan apa yang patut. Kalau boleh, kurangkan publisiti dan beri tumpuan pada karier. Saya teringin nak arahkan filem aksi. Tapi mengenangkan kos yang tinggi maka saya perlu lebih bersedia membuat perancangan teliti ", tambah Shahrizal.

" Selain dari sibuk dengan pengambaran, saya juga jaga nenek saya Ramadhan ini sebab nenek dah duduk dengan kami sekeluarga. Tahun ini saya akan beraya di Kampung Baru ", akhiri Shahrizal.

GUA doakan yang terbaik buat karier seni Shahrizal. Semoga perhubungannya dengan pelajar perubatan Management Science University (MSU) itu berkekalan dan dirahmati Allah hendak-Nya.

No comments:

Post a Comment