Wednesday, August 1, 2012

Kita Punya Raya Hadiah Lebaran TV9 dan HotFM


Kolaborasi di antara TV9 dan HotFM bukanlah sesuatu yang baru dalam arena hibuan tanahair. Formula yang diguna pakai kedua-dua stesen milik Media Prima ini dalam menghasilkan Versus, rancangan realiti sensasi 2012 amat menjadi. Rentetan dari kejayaan tersebut, mereka sekali lagi berkerjasama dalam Kita Punya Raya 2012.

Menampilkan barisan program yang sememangnya akan membuatkan anda ceria sepanjang raya ini, TV9 dan HotFM cuba membawa penonton dan pendengar mereka yang setia menelusuri makna lebaran dalam gaya dan acuan kita sendiri. Maka dengan itulah tercetusnya slogan Kita Punya Raya.

Bertempat di Saloma Bistro semalam, satu Majlis Berbuka Puasa dan Sidang Media Kita Punya Raya diadakan khasnya bagi memperkenalkan rancangan-rancangan menarik untuk tatapan penonton Syawal ini. Majlis dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul dan juga Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9.

Antara selebriti yang turut sama hadir adalah Rozita Che Wan, Shahrizal Jaszle, Fiza Halim, Personaliti TV9 seperti Luqman dan Bienda serta para penyampai HotFM terdiri dari Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Chad, Sharifah Aleya dan ramai lagi.



Telefilem ' Hangitnya Raya ' yang menggabungkan penyampai HotFM beraksi dalam drama penuh komedi ini memperlihat jalan cerita kreatif yang digarap pastinya menghiburkan penonton. Saksikan gelagat AG yang tidak berpuas hati dengan pengurusan radio tempat beliau berkerja yang tidak meluluskan cuti rayanya. Dek kerana dengkikan Fara, AG berusaha mengenakan Fara. Saksikan kesudahan telefilem menarik arahan Amie Maziah ini pada Syawal Ketiga, jam 12.30 tengahari hanya di TV9.

Bayangkan penyampai HotFM turun ke lokasi seperti Jalan TAR dan KL Sentral untuk bertemu orang ramai? Pastinya meriah. Menerusi program istimewa 'Kita Punya Raya', para penyampai HotFM seperti Fara Fauzana dan Faizal Ismail akan ditemani selebriti seperti Izara Aishah dan Anas Mentor dan berinteraksi secara santai di KL Sentral. AG dan Ikhwan pula akan menyerang Jalan TAR dan orang ramai berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti menarik dan mendapat duit raya! 'Kita Punya Raya' akan disiarkan bermula 18 Ogos 2012 jam 9.30 malam eksklusif di TV9.

Selain itu juga, bagi peminat Versus yang merindui kelibat Sofaz, 6ixth Sense, Black & Parallax, Go Gerila! dan Hujan, saksikan mereka berkarya secara kreatif sekali lagi dalam Versus Reunion, Syawal pertama jam 10.30 malam.

Bukan itu sahaja, pelbagai filem dan telemovie menarik bakal disajikan sepanjang lebaran ini.  Rozita Che Wan dan Noorkhiriah pastinya mengundang gelak tawa anda dalam 'Bedah Tong Gas Nak Raya' manakala Shahrizal Jaszle dan Fiza Halim mengubati kerinduan peminat mereka dalam 'Raya Tanpa Wayar'.

Teruskan melayari GUA untuk mengetahui apakah lagi program menarik yang akan menggegarkan lapangan keriangan Syawal anda tahun ini!

No comments:

Post a Comment