Tuesday, July 31, 2012

Rafizi Ditahan Dan Tangan Digari Polis


Kuala Lumpur – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ditahan polis di rumahnya pada jam 7.00 pagi ini.

Menurut sumber, beliau ditahan atas penglibatannya berhubung pendedahan akaun bank berkaitan isu National Feedlot Corporation (NFC).

Beliau yang ditahan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, dikatakan akan terus dibawa ke Mahkamah Shah Alam pagi ini.

Rafizi disiasat di bawah akta tersebut oleh Bank Negara selepas aduan polis dibuat oleh Pengerusi NFC , Dato’ Mohamad Salleh Ismail.

Pendedahan maklumat bank yang bersifat sulit dan pribadi adalah satu kesalahan di bawah akta tersebut.




No comments:

Post a Comment